
Dapatkan persediaan untuk Schoolwork
App Schoolwork membolehkan anda mencipta dan menghantar tugas (pentaksiran dan tugasan), melihat kemajuan pelajar, cerapan dan data analisis serta bekerjasama dengan pelajar dalam masa nyata.
Dapatkan persediaan
Lengkapkan langkah di bawah—atau hubungi pentadbir IT sekolah anda—untuk menyediakan Schoolwork untuk guru dan pelajar.
Daftar dalam Apple School Manager.
Apple School Manager ialah portal berasaskan web ringkas yang membolehkan pentadbir IT mengurus orang, peranti dan kandungan. Anda boleh memberikan Akaun Apple Terurus, menyediakan peranti, mendapatkan app dan buku, serta menemui alat untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik—semuanya dari satu tempat. Ketahui cara mendaftar dalam Apple School Manager.
Sediakan akaun untuk guru dan pelajar.
Dengan menggunakan Apple School Manager, anda boleh mencipta akaun dengan cepat untuk memberi pelajar akses kepada Schoolwork dan perkhidmatan utama yang lain—bersama dengan 200 gigabait (GB) storan iCloud percuma untuk setiap Akaun Apple Terurus—sambil memenuhi keperluan privasi sekolah atau daerah anda. Ketahui lebih lanjut tentang penciptaan akaun menggunakan Pengesahan Penyepaduan atau Penyepaduan SIS.
Petua: Apabila anda menyambungkan Apple School Manager dengan Microsoft Azure Active Directory sekolah anda atau Google Workspace untuk pengesahan penyepaduan, pelajar dan guru boleh menggunakan bukti kelayakan sedia ada mereka untuk mendaftar masuk.
Sediakan kelas untuk Schoolwork.
Kelas yang disertakan dalam fail Sistem Maklumat Pelajar (SIS) organisasi anda akan mencipta kelas Schoolwork secara automatik untuk anda dan dikemas kini secara automatik apabila pelajar masuk dan keluar kelas. Hidupkan keistimewaan “Cipta, edit dan padam kelas” dalam Apple School Manager untuk membolehkan orang lain menambah, mengedit, mengeluarkan dan mengarkibkan, serta memadamkan kelas terus dalam Schoolwork.
Dapatkan Schoolwork dalam App dan Buku dalam Apple School Manager.
Apple School Manager dan perkhidmatan pengurusan peranti anda berfungsi bersama, supaya anda boleh mendapatkan lesen app secara pukal. Pastikan peranti dikemas kini kepada iPadOS 18.2 atau lebih baru, kemudian tugaskan dan pasang Schoolwork pada peranti guru dan pelajar dari jauh. Ketahui lebih lanjut tentang App dan Buku dalam Apple School Manager.
Hidupkan kemajuan pelajar untuk organisasi anda dalam Apple School Manager.
Apabila anda menghidupkan ciri kemajuan pelajar, anda boleh melihat prestasi pelajar pada aktiviti yang diberikan dalam Schoolwork (dokumen, pautan, app bermasa, tiket keluar) dan sebarang app pelaporan kemajuan. Anda masih boleh menggunakan Schoolwork walaupun anda tidak menghidupkan ciri ini.
Petua: Cari lencana Berfungsi dengan Schoolwork dalam kawasan App dan Buku Apple School Manager untuk mencari app pelaporan kemajuan yang menyokong kemajuan pelajar dalam Schoolwork. Ketahui cara untuk menghidupkan kemajuan pelajar.
Setkan sekatan masa untuk peranti iPad yang didaftarkan dalam perkhidmatan pengurusan peranti anda.
Untuk memastikan semua peranti menggunakan tarikh dan masa yang sama, setkan kunci
forceAutomaticDateAndTime
dalam beban bayar profil konfigurasi Sekatan sekolah anda kepadatrue
. Pengesetan kunci ini kepadatrue
akan mengesetkan tarikh dan masa secara automatik untuk semua peranti dalam perkhidmatan pengurusan peranti anda (Seting> Umum > Tarikh & Masa > Set secara Automatik). Guru dan pelajar tidak boleh mematikan seting. Ketahui lebih lanjut tentang Sekatan pengurusan peranti untuk peranti iPhone dan iPad.
Schoolwork memerlukan akses kepada hos internet untuk pelbagai perkhidmatan. Untuk memastikan peranti anda boleh menggunakan Schoolwork dan app serta perkhidmatan Apple lain, lihat Gunakan produk Apple pada rangkaian perusahaan.