Apple School Manager

Portal ringkas berasaskan web untuk pentadbir IT mengerahkan peranti iOS, iPadOS, macOS dan tvOS semuanya dari satu tempat. Apabila digunakan dengan penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM), pentadbir boleh mengkonfigurasi seting peranti serta membeli dan mengedarkan app dan buku. Apple School Manager menyepadukan dengan Sistem Maklumat Pelajar (SIS) dan SFTP supaya pentadbir boleh mencipta akaun dengan jadual dan kelas sekolah.

Apple School Manager adalah tempat pentadbir IT menyediakan kelas untuk Schoolwork dan mendayakan pelaporan kemajuan pelajar. Lihat Panduan Pengguna Apple School Manager.