Contoh paparan kelas — Mathematics — menunjukkan empat tugasan dan tiga pelajar. Selain paparan kelas ini, bar sisi Schoolwork mengandungi tiga kelas lain (Literature, Science, dan Technology (Sastera, Sains dan Teknologi)) serta paparan Aktiviti Terkini, Draf, Kegemaran, Import, dan arkib kelas.

Lihat semua kelas, tugasan, dan pelajar anda dengan pantas

Gunakan bar sisi Schoolwork untuk melihat semua kelas dan tugasan anda (Aktiviti Terkini, Draf, Kegemaran, Import) atau ketik Cari dan buat carian mengikut tajuk tugasan, aktiviti app, nama fail atau nama pelajar. Dalam paparan kelas, anda dapat melihat tugasan dan pelajar yang berkaitan dengan kelas dengan pantas.

Perihal kelas, tugasan, dan pelajar dalam Schoolwork

Contoh paparan butiran tugasan — Integers — untuk kelas Mathematics yang menunjukkan data kemajuan terperinci untuk aktiviti yang dipilih, termasuk peratusan lengkap, purata masa yang diluangkan, dan purata jumlah bilangan perkataan untuk kelas. Semua Aktiviti menunjukkan 5 pelajar belum melengkapkan aktiviti, anda mempunyai 43 aktiviti untuk disemak, dan anda meminta tujuh pelajar untuk membuat kerja semula. Gunakan Data Pelajar untuk membantu anda menentukan pelajar yang mungkin ketinggalan.

Lihat data kemajuan kelas dan pelajar

Tugaskan aktiviti yang menyediakan kemajuan pelajar, kemudian gunakan kemajuan pelajar, butiran tugasan, dan pandangan kemajuan pelajar untuk melihat prestasi pelajar.

Lihat kemajuan kelas, tugasan, dan pelajar dalam Schoolwork

Contoh fail kerjasama pelajar menunjukkan butiran Kerjasama app iWork Pages.

Kongsi fail dan bekerjasama dengan pelajar

Kongsi fail dengan pelajar individu atau dengan semua di dalam kelas, kemudian bekerjasama dengan pelajar untuk aktiviti.

Bekerjasama dengan pelajar dalam Schoolwork

Tiket keluar Schoolwork. Anda boleh mencipta soalan anda sendiri menggunakan empat jenis soalan yang berbeza (berbilang pilihan, gelangsar, respons terbuka, penilaian) atau menggunakan soalan contoh sedia ada.

Cipta tiket keluar untuk meninjau pembelajaran pelajar

Gunakan tiket keluar untuk menyemak pelajar semasa atau selepas kelas dan membantu anda mengukur pemahaman, reaksi, atau penglibatan pelajar dalam tugasan atau aktiviti.

Tambahkan tiket keluar

Untuk melayari Panduan Pengguna Schoolwork, ketik Isi Kandungan di bahagian atas halaman.

Jika anda perlukan bantuan lanjut, lawati laman web Sokongan Pendidikan.

Membantu?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.