
Tapis dan kumpulkan hasil pentaksiran dalam Schoolwork
Gunakan penapis dan kumpulan untuk mengubah jenis data Schoolwork untuk setiap pelajar dalam paparan butiran pentaksiran.
Tapis hasil pentaksiran
Dalam app Schoolwork
, kemudian ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran, kelas atau arkib kelas dalam Diarkibkan dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran yang mahu anda lihat.
Schoolwork memaparkan paparan butiran pentaksiran, termasuk status kerja pelajar (Belum Dimulakan, Berlangsung, Sedia untuk Disemak, Teruskan Semakan, Disemak, Dikembalikan, Lewat), masa yang diluangkan untuk menyelesaikan kerjanya dan waktu pelajar menyerahkan kerjanya.
Ketik
, kemudian pilih cara anda ingin menapis hasil pentaksiran.
Schoolwork hanya memaparkan pelajar yang memenuhi kriteria penapis.
Nota:
Anda boleh mengeluarkan penapis secara mudah- hanya ketik Keluarkan Penapis dalam paparan.
Apabila anda mengeksport hasil, Schoolwork hanya mengeksport kandungan yang ditapis.
Kumpulkan hasil pentaksiran
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran yang mahu anda lihat.
Schoolwork memaparkan paparan butiran pentaksiran, termasuk status kerja pelajar (Belum Dimulakan, Berlangsung, Sedia untuk Disemak, Teruskan Semakan, Disemak, Dikembalikan, Lewat), masa yang diluangkan untuk menyelesaikan kerjanya dan waktu pelajar menyerahkan kerjanya.
Ketik
, kemudian ketik Gunakan Kumpulan agar markah semak muncul di sebelah Gunakan Kumpulan.
Schoolwork mengumpulkan hasil mengikut Lewat, Sedia untuk Disemak, Berlangsung, Belum Dimulakan, Disemak dan Dikembalikan.
Nota: Anda boleh mengeluarkan kumpulan secara mudah — hanya ketik , kemudian ketik gunakan Kumpulan agar markah semak hilang.