
Mengurus kelas, guru dan pelajar Schoolwork anda
Untuk membantu anda mengurus kelas, guru dan pelajar Schoolwork dengan lebih baik, ikuti amalan terbaik yang digariskan dalam topik ini.
Apabila Apple School Manager bersepadu dengan maklumat Sistem Maklumat Pelajar (SIS) organisasi anda, Apple mencipta secara automatik Akaun Apple Terurus guru dan pelajar untuk organisasi anda. Selain itu, apabila guru dan pelajar membuka Schoolwork, Schoolwork mengisi bar sisi secara automatik dengan semua kelas Apple School Manager mereka.
Jika organisasi anda tidak menyokong SIS, guru boleh meminta akaun untuk digunakan dengan Schoolwork, kemudian mencipta akaun dan kelas pelajar secara manual dalam Schoolwork.
Gunakan perkhidmatan pengurusan peranti untuk mengedarkan app Schoolwork dari jauh kepada peranti guru dan pelajar, serta mengemas kini Schoolwork secara automatik.
Dayakan ciri Menambah Baik Schoolwork dalam seting organisasi Apple School Manager untuk membolehkan Apple memproses data Schoolwork yang tidak mengecam secara peribadi menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin untuk menambah baik app. Contohnya, Apple boleh memproses data Schoolwork untuk memahami trend penggunaan, menyesuaikan pengalaman pengguna dan membangunkan ciri pendidikan baharu untuk app. Untuk memastikan ketelusan, pemberitahuan muncul pada skrin kali pertama guru dan pelajar membuka Schoolwork menggunakan Akaun Apple Terurus mereka selepas Menambah Baik Schoolwork didayakan. Untuk maklumat lanjut, hubungi pentadbir IT sekolah anda. Lihat Perihal privasi dan keselamatan untuk produk Apple dalam pendidikan.
Sediakan cache kandungan pada rangkaian anda untuk mengurangkan penggunaan data Internet dan mempercepat muat turun kandungan Apple, termasuk fail yang ditambahkan pada tugasan dan penilaian Schoolwork. Lihat Jenis kandungan yang disokong oleh cache kandungan.