
Minta akaun guru dalam Schoolwork
Untuk menggunakan Schoolwork, anda mesti mendaftar masuk ke peranti anda dengan Akaun Apple Terurus. Jika sekolah anda didaftarkan dalam Apple School Manager tetapi belum menyediakan Akaun Apple Terurus anda, anda boleh menggunakan alamat e‑mel sekolah anda untuk meminta akaun. Perlu diingat bahawa anda tidak boleh menggunakan alamat e‑mel di domain awam seperti @icloud.com, @gmail.com, @outlook.com.
Hantarkan permintaan akaun
Buka Schoolwork
.
Ketik Guru, masukkan alamat e‑mel sekolah anda, kemudian ketik Seterusnya.
Apple menghantar e‑mel kepada anda untuk mengesahkan bahawa anda ialah pemilik alamat e‑mel itu.
Untuk mengesahkan alamat e‑mel anda, ketik Seterusnya atau ketik pautan dalam e‑mel.
Masukkan kod pengesahan 6 digit anda.
Apple mengesahkan bahawa alamat e‑mel yang anda nyatakan adalah dikaitkan dengan organisasi dalam Apple School Manager.
Untuk mengesahkan organisasi anda, ketik “Ya, ini adalah organisasi saya”.
Untuk melengkapkan permintaan anda untuk Akaun Apple Terurus, masukkan maklumat berikut:
Lokasi: Anda hanya boleh memilih lokasi yang ditambahkan oleh pentadbir IT sekolah anda sebagai lokasi dalam Apple School Manager.
Nama Pertama dan Nama Akhir: Masukkan nama pertama dan nama akhir anda.
ID atau No. Pekerja: Masukkan nombor pengecam pekerja atau lencana anda.
Schoolwork menghantar permintaan anda kepada pentadbir IT anda untuk kelulusan dalam Apple School Manager. Selepas diluluskan, anda akan menerima maklumat akaun baru anda melalui e-mel atau fail daripada pentadbir IT anda.