Apple ID Terurus

Seperti Apple ID peribadi, anda boleh gunakan Apple ID Terurus untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi, daftar masuk ke peranti dikongsi atau mengakses ke perkhidmatan dan portal Apple (sebagai contoh, iCloud, Apple School Manager, Schoolwork). Tidak seperti Apple ID peribadi, Apple ID Terurus adalah dimiliki dan dikawal oleh sekolah atau daerah. Organisasi tersebut boleh menetap semula kata laluan, mendayakan pembelian dan komunikasi, serta menyediakan pentadbiran berasaskan peranan.

Guru yang menggunakan Apple ID Terurus boleh menggunakan Schoolwork untuk berkongsi dan menerima kandungan, bekerjasama dengan pelajar dan melihat data kemajuan pelajar di sekolah mereka. Apple ID Terurus diberi storan iCloud Drive sebanyak 200 gigabait (GB).

Lihat Apa itu Apple ID Terurus dalam Apple School Manager? dalam Panduan Pengguna Apple School Manager.

Nota: Apple ID Terurus adalah dirujuk sebagai satu akaun sekolah dalam Panduan Pengguna Schoolwork untuk pelajar.