
Edit tugasan dalam Schoolwork
Selepas anda mencipta tugasan, anda boleh mengedit tugasan sehingga anda menandakannya lengkap atau memadamkannya.
Jika anda mengeluarkan pelajar daripada tugasan yang diterbitkan, pelajar tidak dapat mengakses tugasan dan Schoolwork mengeluarkan data tugasan pelajar.
Edit tugasan
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Tugasan atau kelas dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Sentuh dan tahan tugasan yang ingin diedit, kemudian ketik Edit.
Ketik tugasan yang ingin anda edit, kemudian ketik Edit Tugasan dalam pandangan butiran tugasan.
Edit butiran tugasan: Tambah, keluarkan dan kemas kini tajuk, penerima, tarikh jangka, tarikh penghantaran, aktiviti, serta teks arahan dan fail.
Untuk menyusun semula fail, sentuh dan tahan imej kecil, kemudian seret fail ke lokasi baru dalam arahan. Untuk mengeluarkan fail, ketik
.
Untuk menerbitkan tugasan yang dikemas kini, ketik Terbitkan.
Jika anda menetapkan tarikh penghantaran, ketik Jadual. Schoolwork menyimpan tugasan untuk dihantar pada tarikh dan masa yang ditentukan.
Apabila anda mengedit tugasan aktif, perlu diingat:
Anda hanya boleh menambah atau mengeluarkan pelajar daripada kelas asal. Anda tidak boleh mengubah kelas asal atau menambah pelajar daripada kelas lain. Untuk menggunakan tugasan untuk kelas lain, salin tugasan, kemudian hantar tugasan kepada kelas baharu.
Anda hanya boleh mengedit kebenaran perkongsian fail untuk aktiviti baharu. Anda tidak boleh mengubah kebenaran perkongsian fail untuk aktiviti yang telah diterbitkan sebelumnya.