
Semak pentaksiran di Schoolwork
Tindakan menyemak pentaksiran dan kerja pelajar merupakan langkah yang penting dalam proses pembelajaran. Untuk menilai kerja pelajar, mula-mula anda pilih jenis semakan yang ingin anda gunakan, kemudian pilih nilai semakan dan berikan maklum balas.
Semak pentaksiran
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran dengan kerja pelajar yang ingin anda semak.
Schoolwork memaparkan paparan butiran pentaksiran, termasuk status kerja pelajar (Belum Dimulakan, Berlangsung, Sedia untuk Disemak, Teruskan Semakan, Disemak, Dikembalikan, Lewat), masa yang diluangkan untuk menyelesaikan kerjanya dan waktu pelajar menyerahkan kerjanya.
Cari pelajar yang telah menyerahkan kerjanya, kemudian ketik Sedia Untuk Disemak.
Pilih cara anda ingin membuat semakan: Penyelesaian, Sistem Huruf, Sistem Nombor, Sistem Mata, Skala Kepuasan, Tersuai.
Semakan kerja pelajar anda, gunakan alat Penanda untuk menyertakan nota dan maklum balas anda untuk pelajar anda, kemudian ketik nilai semakan atau skor yang ingin anda tetapkan untuk kerja pelajar.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda telah selesai menyemak, ketik Selesai.
Untuk menyemak pelajar anda yang seterusnya, ketik nama pelajar dalam kad semak atau
di penjuru atas kiri dan pilih pelajar.