
Lihat aktiviti dalam Schoolwork
Selepas anda menambah aktiviti kepada tugasan, anda boleh melihat aktiviti untuk mengesahkan bahawa lokasi yang ditambah ialah lokasi tepat yang anda mahukan untuk pelajar anda memulakan kerja mereka.
Apabila anda melihat aktiviti yang diterbitkan, anda boleh melihat kemajuan pelajar dan aktiviti pelajar yang ditandakan sebagai lengkap.
Nota: Schoolwork memaparkan imej kecil untuk fail yang anda kongsi dalam tugasan. Sekiranya pelajar belum membuka Schoolwork atau belum menyerahkan apa‑apa kerja lagi, Schoolwork memaparkan ruang letak imej kecil atau tiada imej kecil langsung.
Lihat aktiviti
Dalam app Schoolwork
, lakukan salah satu atau lebih daripada yang berikut.
Untuk melihat aktiviti dalam tugasan aktif, ketik Aktiviti Terkini atau kelas dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk Aktiviti Terkini, ketik Dijangka, kemudian ketik tugasan dengan aktiviti yang ingin anda lihat.
Untuk kelas, leret ke kiri dalam Tugasan untuk melihat paparan setiap tugasan dalam kelas, kemudian ketik tugasan dengan aktiviti yang ingin anda lihat. Jika berkenaan, ketik Lihat Semua, ketik Dijangka, kemudian ketik tugasan dengan aktiviti yang ingin anda lihat.
Untuk melihat aktiviti dalam tugasan draf, ketik Draf dalam bar sisi, kemudian ketik tugasan dalam Draf dengan aktiviti yang anda ingin lihat.
Untuk melihat aktiviti dalam tugasan kegemaran, ketik Kegemaran dalam bar sisi, kemudian ketik tugasan dalam Kegemaran dengan aktiviti yang anda ingin lihat.
Untuk melihat aktiviti dalam tugasan yang dilengkapkan, ketik Aktiviti Terkini atau kelas dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk Aktiviti Terkini, ketik Lengkap, kemudian ketik tugasan dengan aktiviti yang ingin anda lihat.
Untuk kelas, ketik Lihat Semua, ketik Selesai, kemudian ketik tugasan dengan aktiviti yang ingin anda lihat.
Ketik tab aktiviti.
Untuk melihat aktiviti individu, ketik aktiviti tersebut.
Schoolwork membuka aktiviti ke lokasi yang anda tentukan. Sekiranya lokasi bukan betul‑betul di mana anda mahu menghantar pelajar anda, anda boleh memadamkan aktiviti dan tambahkan yang baharu.