
Glosari Schoolwork
Glosari mentakrifkan istilah yang anda jumpa semasa anda menggunakan Panduan Pengguna Schoolwork.
Istilah | Takrif | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
aktiviti | Kerja yang ditugaskan sebagai sebahagian daripada Edaran. Schoolwork menyokong jenis aktiviti berikut: app (termasuk app pelaporan kemajuan), fail, foto, video, dokumen diimbas, pautan dan permintaan penyerahan. Lihat juga aktiviti app, aktiviti penanda buku, Edaran, aktiviti pautan, app pelaporan kemajuan. | ||||||||||
aktiviti app | Tugasan diberikan dalam app. Sebagai contoh, tugasan membaca bab 2 The Hobbit dalam Apple Books atau untuk menyelesaikan Learn to Code 1 dalam Swift Playgrounds. Lihat juga aktiviti. | ||||||||||
Apple School Manager | Portal ringkas berasaskan web untuk pentadbir IT mengerahkan peranti iOS, iPadOS, macOS dan tvOS semuanya dari satu tempat. Apabila digunakan dengan penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM), pentadbir boleh mengkonfigurasi seting peranti serta membeli dan mengedarkan app dan buku. Apple School Manager berintegrasi Sistem Maklumat Pelajar (SIS) dan SFTP supaya pentadbir boleh mencipta akaun dengan jadual dan kelas sekolah. Apple School Manager adalah tempat pentadbir IT menyediakan kelas untuk Schoolwork dan mendayakan pelaporan kemajuan pelajar. Lihat Panduan Pengguna Apple School Manager. | ||||||||||
aktiviti penanda buku | Aktiviti disimpan sebagai penanda buku Schoolwork. Sebagai contoh, alamat laman web, fail atau app. Guru boleh meletakkan penanda buku pada aktiviti untuk menyimpan dan mengurus tapak web kegemaran, fail dan app pelaporan kemajuan untuk dilawat semula pada masa akan datang. Lihat juga aktiviti. Nota: Penanda buku Schoolwork tidak sama dengan Penanda Buku Safari dan tidak termasuk dalam senarai Penanda Buku Safari anda. Lihat juga senarai Penanda Buku. | ||||||||||
Senarai Penanda Buku | Senarai aktiviti yang disimpan sebagai penanda buku Schoolwork. Untuk melihat senarai Penanda Buku, ketik | ||||||||||
arkib kelas | Pengumpulan Edaran lihat sahaja yang dikaitkan dengan kelas yang dikeluarkan. Apabila kelas dikeluarkan, Schoolwork memadamkan data pelajar dan kemajuan pelajar, kemudian menyimpan salinan lihat sahaja semua Edaran yang dikaitkan dalam arkib kelas. Arkib kelas muncul dalam [organisasi anda] sebagai [nama kelas] (Tahun). | ||||||||||
fail kerjasama | Fail yang dimiliki guru dalam iCloud Drive yang menyokong pengeditan atau paparan serentak. Guru boleh berkongsi satu salinan fail kerjasama dengan semua pelajar dalam kelas atau berkongsi salinan berasingan dengan setiap pelajar. Guru dan pelajar boleh bekerja secara aktif dalam fail pada masa yang sama. Schoolwork menyokong kerjasama untuk fail Pages, Numbers dan Keynote. Lihat Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote. | ||||||||||
kursus | Serangkaian kuliah pendidikan, pelajaran, wawancara, dan sebagainya, dalam subjek tertentu. Kursus iTunes U terdiri daripada maklumat (termasuk gambaran keseluruhan, kerangka, dan profil pengajar), siaran (termasuk tugasan dengan kerja rumah dan penggredan), bahan (contohnya, item audio dan video) dan buku gred (kursus peribadi sahaja). | ||||||||||
Fail EPUB | Fail penerbitan elektronik (EPUB). Versi digital penerbitan dicetak, dicipta menurut format EPUB. Format EPUB adalah standard e-buku terbuka percuma yang dibangunkan dan diselenggara oleh Publishing@W3C, kumpulan kerja World Wide Web Consortium (W3C), sebuah organisasi piawaian bukan keuntungan. Anda boleh menggunakan Pages untuk mengeksport dokumen anda dalam format EPUB untuk dibaca dengan Apple Books pada iPad, iPhone atau iPod touch. Lihat Gunakan pilihan ciptaan buku lanjutan dalam Pages. | ||||||||||
Edaran | Mesej daripada guru kepada pelajar. Edaran boleh termasuk pengumuman, peringatan, arahan, aktiviti yang ditugaskan atau permintaan kerja. Edaran terdiri daripada senarai penerima (seluruh kelas atau seorang atau lebih pelajar dalam kelas), nama, satu atau lebih aktiviti dan arahan. Seorang penerima dan nama diperlukan; semua maklumat lain adalah pilihan. Anda juga boleh menentukan tarikh dijangka bagi Edaran. Jika anda menambah tarikh dijangka, sebarang aktiviti atau kerja yang pelajar serahkan selepas tarikh dijangka adalah lewat. Schoolwork menetapkan tarikh dijangka pada 11:59 p.m. waktu tempatan untuk hari yang ditetapkan secara automatik. Lihat juga aktiviti. Guru boleh menyiarkan Edaran atau menyimpan Edaran sebagai draf sehingga mereka sedia untuk disiarkan pada masa akan datang. | ||||||||||
Perisian iOS dan iPadOS | Sistem perisian pengendalian mudah alih yang digunakan oleh iPad, iPhone dan iPod touch. | ||||||||||
iTunes Store | Kedai dalam talian, boleh diakses menerusi app Music, di mana anda boleh membeli lagu, album, video muzik dan banyak lagi. Kandungan yang anda dan orang lain lihat di iTunes Store mungkin berbeza mengikut negara atau rantau yang dinyatakan dalam Music oleh setiap individu sebagai negara lalai mereka. | ||||||||||
App iWork | App Pages, Numbers dan Keynote Apple. Anda boleh menggunakan app ini untuk mencipta dokumen, hamparan dan persembahan. | ||||||||||
aktiviti pautan | Kerja yang ditugaskan melalui URL web. Sebagai contoh, URL pautan web atau URL pautan perkongsian fail. Lihat juga aktiviti. | ||||||||||
Apple ID Terurus | Seperti Apple ID peribadi, anda boleh gunakan Apple ID Terurus untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi, daftar masuk ke peranti dikongsi atau mengakses ke perkhidmatan dan portal Apple (sebagai contoh, iCloud, iTunes U, Apple School Manager, Schoolwork). Tidak seperti Apple ID peribadi, Apple ID Terurus adalah dimiliki dan dikawal oleh sekolah atau daerah. Institusi tersebut boleh menetapkan kata laluan, membataskan pembelian dan komunikasi serta menyediakan pentadbiran berasaskan peranan. Guru yang menggunakan Apple ID Terurus boleh menggunakan Schoolwork untuk berkongsi dan menerima kandungan, bekerjasama dengan pelajar dan melihat data kemajuan pelajar di sekolah mereka. Guru Schoolwork diberi 200GB ruang storan iCloud Drive. Lihat Apa itu Apple ID Terurus dalam Apple School Manager? dalam Panduan Pengguna Apple School Manager. Nota: Apple ID Terurus adalah dirujuk sebagai satu akaun sekolah dalam Panduan Pengguna Schoolwork untuk pelajar. | ||||||||||
kelas terurus | Kelas Schoolwork direka dengan mengimport maklumat kelas Apple School Manager. Lihat juga Apple ID Terurus. | ||||||||||
guru terurus | Seorang guru di daerah sekolah K12, kolej atau universiti di mana institusinya bersekutu dengan organisasi Apple School Manager. Guru terurus boleh mengakses Schoolwork untuk berkongsi dan menerima kandungan, bekerjasama serta menyepadukan aktiviti app ke dalam arahan mereka. Lihat juga Apple ID Terurus. | ||||||||||
bahan | Kandungan boleh dimuat turun (sebagai contoh, syarahan) ditambahkan pada kursus iTunes U sebagai fail media (audio, video, web, app, buku, dokumen dan lain‑lain). Bahan‑bahan iTunes U boleh jadi fail pada komputer, pautan web atau pautan iTunes Store, Apple Books dan App Store yang tersedia. | ||||||||||
pengurusan peranti mudah alih (MDM) | Satu perkhidmatan yang membolehkan anda mengurus dari jauh peranti yang didaftarkan. Setelah peranti didaftarkan, anda boleh menggunakan perkhidmatan MDM melalui rangkaian untuk mengkonfigurasikan seting dan melaksanakan tugasan lain pada peranti tanpa interaksi pengguna. Pengurus Profil ialah pelayan MDM yang merupakan sebahagian daripada Pelayan macOS dan terdapat juga banyak pelayan MDM pihak ketiga. Pengurusan peranti mudah alih disokong pada komputer Mac dengan OS X 10.8 atau terkini dipasang dan pada peranti iOS dengan iOS 5 atau terkini dipasang. Untuk pengurusan, peranti didaftarkan dengan pelayan MDM menggunakan profil konfigurasi pendaftaran, yang boleh dilakukan terus oleh pengguna. Untuk peranti milik institusi, pendaftaran MDM boleh diautomatikkan menggunakan Apple School Manager. Apabila pentadbir memulakan dasar, pilihan atau perintah MDM, peranti menerima pemberitahuan tindakan melalui perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple (APN). Dengan sambungan rangkaian, peranti dapat menerima perintah APN di mana-mana sahaja di dunia. Menggunakan MDM, anda juga boleh mengedar, mengurus dan mengkonfigurasi app dan buku yang dibeli melalui Program Pembelian Pukal atau dibangunkan secara dalaman. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengerahan peranti iOS dan iPadOS berskala besar, lihat Rujukan Pengerahan untuk iPhone dan iPad. | ||||||||||
app pelaporan kemajuan | App pendidikan iOS atau iPadOS yang berkongsi kemajuan pelajar dengan guru melalui rangka kerja pembangun ClassKit. Dalam Schoolwork, guru boleh melayari kandungan app, memilih aktiviti app untuk ditugaskan kepada pelajar dan melihat kemajuan pelajar. Apabila pelajar menyiapkan aktiviti yang ditugaskan dalam app, mereka dapat melihat kemajuan mereka sendiri dalam Schoolwork. | ||||||||||
akaun sekolah | Istilah yang digunakan dalam Panduan Pengguna Schoolwork untuk pelajar menerangkan Apple ID Terurus. Lihat Apple ID Terurus | ||||||||||
Bar sisi Schoolwork | Bar sisi Schoolwork menyenaraikan kelas, draf Edaran, kegemaran, dan import, serta arkib kelas untuk akaun sekolah yang anda gunakan dalam Schoolwork. Lihat juga arkib kelas. Sekiranya tiada kelas muncul dalam bar sisi atau anda ingin mengubah maklumat guru atau pelajar, hubungi pentadbir IT sekolah anda. | ||||||||||
Butang Kongsi | Butang Kongsi | ||||||||||
masa yang digunakan | Jumlah masa yang pelajar gunakan untuk menyiapkan aktiviti Edaran yang ditugaskan pada iPad mereka. Schoolwork hanya melaporkan masa yang digunakan untuk aktiviti app pelaporan kemajuan. | ||||||||||
pautan sejagat | Sebarang pautan yang, apabila diketik, membawa anda terus ke app yang dikaitkan. Sebagai contoh, pautan Podcast atau pautan Apple News. |