![](https://help.apple.com/assets/64309159CE38F54BC1744EA0/64309159CE38F54BC1744EA7/ms_MY/ca47d119ed39dcd1744be35337a58127.png)
Tambah aktiviti dalam Schoolwork
Anda boleh menambah pelbagai aktiviti kepada tugasan anda. Apabila pelajar menerima tugasan, mereka dapat menavigasi ke aktiviti dalam satu langkah.
Dengan pelbagai jenis aktiviti yang tersedia, tiada had untuk sejauh mana anda kreatif dalam membuat tugasan dan seterusnya, sejauh mana kreatif pelajar anda apabila melaksanakan tugasan tersebut.
Nota: Anda boleh menambah sehingga 20 aktiviti setiap tugasan, tetapi tugasan tidak boleh mengandungi fail yang lebih besar daripada 2 gigabait (GB).
Tambah aktiviti app
Beberapa kandungan pendidikan yang paling berguna boleh ditemui dalam app. Dengan Schoolwork, anda boleh melayari app yang disokong untuk mencari kandungan yang sesuai dengan kurikulum anda, kemudian berkongsi aktiviti app tertentu dengan pelajar anda.
Pelajar, terutamanya yang lebih muda, sering kali menghadapi kesukaran untuk menemukan aktiviti yang anda hantar. Schoolwork menjadikannya mudah untuk mengarahkan pelajar ke app yang betul, dan tempat yang betul dalam app yang betul. Dalam satu ketikan, mereka boleh pergi terus ke aktiviti yang betul.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Aktiviti Tambah, kemudian ketik Aktiviti App untuk melihat paparan dan menambah app yang dipasang pada iPad anda, termasuk app pelaporan kemajuan.
Untuk beberapa app pelaporan kemajuan, anda mungkin perlu lintas semak kandungan yang ingin anda sertakan untuk melihat kandungan yang tersedia sebagai aktiviti Schoolwork. Caranya ialah dengan membuka dan menjalankan app pada iPad anda, kemudian terokai kandungan dalam app tersebut. Semasa anda menerokai, kandungan menjadi tersedia sebagai aktiviti Schoolwork. Sebagai contoh, untuk menghantar aktiviti Schoolwork kepada pelajar anda untuk menjawab kuiz dalam app dan melaporkan kemajuan mereka, anda mungkin perlu membuka kuiz terlebih dahulu apabila mendaftar masuk dengan akaun guru anda.
Ketik app dengan aktiviti yang ingin anda hantar kepada pelajar anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk menambah keseluruhan app sebagai aktiviti app bermasa, ketik Setkan Masa, tentukan masa minimum, ketik Selesai, kemudian ketik Selesai sekali lagi.
Apabila anda mencipta aktiviti app bermasa dan menetapkan masa, Schoolwork akan menandakan aktiviti secara automatik sebagai selesai apabila pelajar menggunakan app untuk tempoh masa yang anda tentukan. Schoolwork hanya melaporkan kemajuan untuk masa yang anda tetapkan, walaupun jika pelajar menggunakan app untuk tempoh masa yang lebih lama.
Untuk menambah aktiviti dalam app, navigasi ke aktiviti yang anda inginkan, ketik
untuk memilih aktiviti yang ingin anda tambahkan, kemudian ketik Selesai.
Untuk memilih dan menambah semua aktiviti dalam senarai, ketik Pilih Semua, kemudian ketik Selesai.
Leret ke bawah untuk mencari aktiviti app, masukkan nama aktiviti yang ingin anda tambahkan, ketik
untuk memilih aktiviti yang ingin anda tambahkan, ketik Batal, kemudian ketik Selesai.
Untuk menamakan semula aktiviti, ketik nama app, kemudian masukkan nama baharu.
Untuk mengesahkan bahawa anda telah menambah lokasi tepat yang anda mahu pelajar anda memulakan aktiviti mereka, ketik imej kecil aktiviti.
Untuk menukar masa bagi aktiviti app bermasa, ketik
, tetapkan masa yang baru, kemudian ketik Selesai.
Nota:
Untuk setiap app, anda boleh menambah satu aktiviti app bermasa bagi setiap tugasan.
Untuk menugaskan kandungan kepada pelajar daripada sebarang peranti, sahkan Segerakkan Aktiviti App dipilih pada iPad anda untuk app pelaporan kemajuan (Pergi ke Seting
> Kemajuan Kelas, kemudian ketik Segerakkan Aktiviti App). Apabila Segerakkan Aktiviti App dipilih dan anda melihat paparan aktiviti seperti bab dalam sebuah buku, set persamaan matematik atau kuiz dalam app pelaporan kemajuan, Schoolwork menyimpan aktiviti yang baru dilihat dalam iCloud supaya anda dapat menghantar aktiviti ini secara mudah kepada pelajar daripada mana‑mana peranti yang anda didaftar masuk kepada akaun iCloud anda.
Tambah aktiviti fail
Apabila anda berkongsi fail dalam satu tugasan, Schoolwork akan menyimpan fail secara automatik dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork anda dalam iCloud Drive. Di samping itu, setiap pelajar dan rakan guru yang menerima tugasan juga dapat melihat fail dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork mereka.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Tambah Aktiviti, ketik Fail, cari fail atau navigasi kepada fail, kemudian ketik fail yang ingin anda hantar kepada pelajar anda.
Anda tidak boleh menambah fail yang lebih besar daripada 2 gigabait (GB).
Untuk menentukan cara berkongsi fail, ketik
, kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Setiap pelajar boleh mengedit fail mereka sendiri: Schoolwork menghantar setiap pelajar salinan fail. Anda bekerja dengan setiap pelajar dalam fail individu mereka.
Nota: Apabila anda berkongsi fail menggunakan "Setiap pelajar boleh mengedit fail mereka sendiri", Schoolwork menamakan fail ini [nama keluarga nama diberi - nama fail asal], menyimpan kerja dalam folder [tajuk tugasan] pelajar dalam folder kelas Schoolwork pelajar dan menyimpan satu salinan kepada folder [tajuk tugasan] anda. Schoolwork juga menyimpan salinan dalam folder [tajuk tugasan] untuk mana‑mana rakan guru yang menerima tugasan.
Pelajar bekerjasama pada fail yang sama: Schoolwork menghantar semua pelajar salinan fail yang sama (fail iWork sahaja). Anda dan seluruh kelas bekerja bersama‑sama dalam fail dikongsi.
Hanya anda yang boleh membuat perubahan: Schoolwork menghantar semua pelajar salinan fail yang sama. Pelajar boleh melihat fail tersebut tetapi hanya anda dan guru lain yang boleh mengedit fail tersebut.
Apabila anda berkongsi fail kerjasama, pelajar anda dan anda boleh bekerja dalam fail yang sama pada masa yang sama. Anda boleh melihat dan mengedit fail semasa pelajar anda menyiapkan kerja dan anda boleh menambah komen untuk membantu mereka di sepanjang jalan. Apabila anda berkongsi fail yang bukan kerjasama, pelajar anda dan anda boleh mengendalikan fail yang sama tetapi bukan pada masa yang sama. Sebagai contoh, anda boleh menandakan fail PDF dan pelajar anda boleh melihat komen anda kemudian.
Untuk menamakan semula aktiviti fail, ketik nama fail, kemudian masukkan nama baharu.
Untuk mengesahkan bahawa fail tertera seperti yang anda mahukan, ketik
, kemudian ketik Buka.
Nota: Anda boleh berkongsi fail dengan maksimum 99 pelajar. Semua pelajar boleh membuka fail untuk diedit pada masa yang sama. Guru sentiasa disertakan ke dalam senarai penerima apabila mereka berkongsi fail.
Tambah aktiviti foto atau video
Anda boleh menggunakan app Foto untuk berkongsi foto dan video sebagai aktiviti dalam tugasan.
Apabila anda berkongsi foto atau video dalam tugasan, Schoolwork akan menyimpan foto atau video secara automatik dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork dalam iCloud Drive. Di samping itu, setiap pelajar dan rakan guru yang menerima tugasan juga dapat melihat dokumen dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork mereka.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Tambah Aktiviti, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk menambah foto atau video sedia ada, ketik Pustaka Foto, cari atau navigasi kepada foto atau video, kemudian ketik foto atau video.
Untuk menambah foto atau video baharu, ketik Kamera, kemudian gunakan kamera untuk mencipta foto atau video baharu.
Untuk menentukan cara berkongsi foto atau video, ketik
, kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Setiap pelajar boleh mengedit fail mereka sendiri: Schoolwork menghantar setiap pelajar salinan foto atau video. Anda bekerja dengan setiap pelajar dalam fail individu mereka.
Hanya anda yang boleh membuat perubahan: Schoolwork menghantar semua pelajar salinan foto atau video yang sama. Pelajar boleh melihat fail tersebut tetapi hanya anda dan guru lain boleh mengedit fail tersebut.
Apabila anda berkongsi foto atau video, pelajar anda dan anda boleh mengendalikan fail yang sama tetapi bukan pada masa yang sama. Sebagai contoh, anda boleh menandakan fail imej dan pelajar anda boleh melihat komen anda kemudian.
Ketik Foto [angka] atau Video [angka] dan masukkan tajuk aktiviti foto atau video atau, untuk menamakan semula aktiviti foto atau video sedia ada, ketik nama, kemudian masukkan nama baharu.
Untuk mengesahkan bahawa foto atau video tertera seperti yang anda mahukan, ketik
, kemudian ketik Buka.
Nota: Anda boleh berkongsi fail dengan maksimum 99 pelajar. Guru sentiasa disertakan ke dalam senarai penerima apabila mereka berkongsi fail.
Tambah aktiviti dokumen yang diimbas
Anda boleh mengimbas dokumen kertas fizikal dan mengongsikannya sebagai aktiviti fail PDF dalam tugasan. Apabila pelajar menerima tugasan, mereka boleh menandakan fail PDF dan menyerahkannya kepada tugasan tanpa menyalin dan mengongsinya semula.
Apabila anda berkongsi dokumen dalam satu tugasan, Schoolwork akan menyimpan dokumen secara automatik dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork anda dalam iCloud Drive. Di samping itu, setiap pelajar dan rakan guru yang menerima tugasan juga dapat melihat dokumen dalam folder [tajuk tugasan] dalam folder kelas Schoolwork mereka.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Tambah Aktiviti, ketik Imbas Dokumen, kemudian letakkan dokumen anda dalam pandangan kamera pada peranti anda.
Jika peranti anda berada dalam mod Auto, dokumen anda akan diimbas secara automatik sebaik sahaja kamera dapat menangkap imej itu. Jika anda perlu menangkap imbasan secara manual, ketik
atau tekan salah satu butang Kelantangan.
Seret sudut untuk melaras saiz dokumen yang diimbas, kemudian ketik Simpan Imbasan.
Imbas halaman tambahan untuk ditambah ke dokumen tersebut, kemudian ketik Simpan apabila anda telah selesai.
Schoolwork akan menambah dokumen tersebut kepada tugasan anda.
Untuk menentukan cara berkongsi dokumen, ketik
, kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Setiap pelajar boleh mengedit fail mereka sendiri: Schoolwork menghantar setiap pelajar salinan dokumen. Anda bekerja dengan setiap pelajar dalam fail individu mereka.
Hanya anda yang boleh membuat perubahan: Schoolwork menghantar semua pelajar salinan dokumen yang sama. Pelajar boleh melihat fail tersebut tetapi hanya anda dan guru lain yang boleh mengedit fail tersebut.
Ketik Dokumen [angka], kemudian masukkan tajuk untuk aktiviti dokumen.
Untuk menyemak PDF yang anda cipta, ketik
, kemudian ketik Buka.
Tambah aktiviti pautan
Anda boleh menggunakan pautan untuk berkongsi laman web, video atau Google Docs kerjasama sebagai aktiviti dalam tugasan.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Tambah Aktiviti, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk menambah laman web baharu aktiviti pautan, ketik Laman Web, masukkan pautan untuk dihantar kepada pelajar anda, kemudian ketik Tambah.
Untuk menambahkan aktiviti pautan yang ditandakan di Safari, ketik Penanda Buku Safari, ketik penanda buku yang ditambah atau ketik folder penanda buku, kemudian ketik penanda buku yang ditambah.
Untuk menamakan semula aktiviti pautan, ketik nama pautan, kemudian masukkan nama baru.
Untuk mengesahkan bahawa anda telah menambah lokasi tepat yang anda mahu pelajar anda memulakan aktiviti mereka, ketik imej kecil aktiviti.
Tambah aktiviti permintaan penyerahan
Apabila anda mencipta tugasan, anda boleh meminta pelajar menyerahkan aktiviti penyerahan.
Pelajar boleh menyerahkan kerja dalam Schoolwork atau mereka boleh menggunakan Butang Kongsi untuk menyerahkan daripada app lain. Pelajar boleh menyerahkan item seperti fail kerjasama, hamparan, PDF, foto, video, dokumen diimbas, halaman web atau penanda buku. Sebagai contoh, dalam Keynote untuk iPadOS, pelajar boleh mencipta fail, ketik butang Lagi Pilihan, ketik butang Kongsi, ketik Schoolwork, kemudian pilih kelas dan tugasan mereka untuk menyerahkan fail.
Dalam app Schoolwork
, ketik
di sebelah tugasan dalam bar sisi atau edit tugasan sedia ada.
Ketik Tambah Aktiviti, kemudian ketik Permintaan Penyerahan.
Ketik Item [angka], kemudian masukkan tajuk untuk aktiviti penyerahan.
Apabila menyerahkan daripada app selain daripada Schoolwork, pelajar mungkin tidak melihat tajuk tugasan atau teks arahan, jadi adalah penting untuk memberikan tajuk deskriptif untuk kerja yang diminta.