app pelaporan kemajuan

App yang berkongsi kemajuan pelajar dengan guru. Dalam Schoolwork, guru boleh melayari kandungan app, memilih aktiviti app untuk ditugaskan kepada pelajar dan melihat kemajuan pelajar. Apabila pelajar mengerjakan aktiviti yang ditugaskan dalam app, mereka boleh melihat kemajuan mereka sendiri dalam Schoolwork.

App pelaporan kemajuan menggunakan rangka kerja pembangun ClassKit untuk berkongsi data kemajuan secara selamat dan peribadi dengan guru dalam Schoolwork. Setiap aktiviti dalam app yang menyokong pelaporan kemajuan memaparkan masa yang diluangkan dalam Schoolwork. Untuk memaparkan semua data kemajuan yang tersedia (masa yang diluangkan, peratusan, skor, kiraan, perduaan) dalam Schoolwork, sekolah anda mesti menghidupkan ciri Kemajuan Pelajar dalam Apple School Manager untuk organisasi dan pelajar anda.