Dari kiri ke kanan, MacBook Pro, iMac dan MacBook Air dengan desktop berwarna-warni. Mac Studio di sebelah kanan hujung.

Mulakan dengan Mac anda

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Mac baharu anda serta-merta. Pilih hias latar untuk desktop anda, tukar seting biasa, mula menggunakan app dan banyak lagi.

Ketahui cara memanfaatkan Mac baharu anda sepenuhnya

Desktop Mac dengan tetingkap seting Akaun Apple dan dokumen Keynote dibuka.

Bertukar daripada Windows ke Mac?

Jika anda bertukar ke Mac, mulakan di sini untuk membuat peralihan lancar. Ketahui perkara dipanggil pada Mac, cara mencari fail anda dan banyak lagi.

Ketahui cara membuat peralihan ke Mac baharu anda

Kandungan iCloud yang sama tersedia merentas berbilang peranti.

Gunakan Mac anda dengan peranti Apple lain

Mac anda berfungsi dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Lihat dan kawal iPhone anda terus daripada desktop Mac, salin dan tampal antara peranti dan banyak lagi.

Ketahui cara Mac anda berfungsi dengan peranti lain

Desktop Mac menunjukkan iPhone dikawal pada skrin, tetingkap Mesej dengan mesej yang dijadualkan untuk dihantar kemudian dan app Kata Laluan di belakang kedua-duanya.

Baharu dalam macOS Sequoia

macOS Sequoia membawakan kepada anda ciri yang membolehkan anda bekerja dengan lebih pintar, bukan lebih keras. Paparkan ruang kerja anda dengan cepat dengan menjubinkan berbilang tetingkap pada skrin anda. Atau gunakan iPhone anda tanpa mencapainya dengan Pencerminan iPhone.

Ketahui tentang ciri baharu pada macOS Sequoia

Empat ikon mewakili Privasi & Keselamatan, app Kata Laluan, Kunci Laluan dan Privasi di Apple.

Kawal privasi dan keselamatan anda

Mac anda disertakan dengan app dan alat untuk melindungi maklumat anda yang paling peribadi. Gunakan app Kata Laluan untuk menyimpan kunci laluan dan kata laluan anda serta laraskan seting anda untuk mengawal cara anda mahu berkongsi.

Ketahui cara memastikan Mac anda peribadi dan selamat

Ikon Sampah.

Terpadam kata laluan?

Ketahui cara untuk memulihkan kata laluan atau kunci laluan yang dipadamkan.

Pulihkan kata laluan yang terbaru dipadamkan

Ikon buku.

Kenali Mac anda

Anda mempunyai Mac baharu? Ketahui perkara asas untuk model anda.

Cari panduan Bermula untuk Mac anda

Ikon dengan kepala manusia dan otak.

Apple Intelligence

Peribadi, sulit—dan diintegrasikan ke macOS.

Ketahui lebih lanjut tentang Apple Intelligence

Untuk meneroka Panduan Pengguna Mac, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Apple Intelligence tersedia dalam beta pada macOS Sequoia 15.1 (Mac dengan M1 atau lebih baharu), iOS 18.1 (iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max atau lebih baharu) dan iPadOS 18.1 (iPad dengan M1 atau lebih baharu) dengan Siri dan bahasa peranti disetkan ke A.S. Inggeris.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.