
Baharu dalam macOS Sequoia

Terokai Apple Intelligence
Ketahui tentang ciri kecerdasan yang dibina ke dalam Mac* anda yang membantu anda menulis, mengekspresikan diri anda dan menyelesaikan tugas dengan mudah.

Gunakan iPhone anda daripada Mac anda
Kawal iPhone anda terus daripada desktop anda. Lihat pemberitahuan iPhone bersama pemberitahuan daripada Mac anda dan berinteraksi dengan app iPhone menggunakan papan kekunci, trackpad atau tetikus anda.

Susun tetingkap dalam jubin
Lihat lebih banyak perkara dengan penjubinan tetingkap—hanya seret tetingkap ke pinggir skrin anda untuk menyusunnya sebelah-menyebelah pada desktop anda.

Sidang video yang mudah
Gunakan Pratonton Pembentang untuk melihat perkara yang anda akan kongsikan sebelum memaparkannya kepada semua orang. Pilih latar belakang maya untuk menyembunyikan perkara di belakang anda—atau untuk memberitahu orang pada panggilan tempat yang anda mahu berada.

Simpan semua kata laluan anda di satu tempat
Gunakan app Kata Laluan untuk menyimpan kata laluan, kunci laluan, kod pengesahan anda dan banyak lagi dengan selamat. Kata laluan anda diselaraskan dengan selamat merentas Mac, iPhone, iPad, Apple Vision Pro dan peranti Windows anda.

Jadualkan mesej
Anda teringat hari lahir seseorang pada hari sebelumnya? Jadualkan mesej hari lahir untuk dihantar tepat pada masanya.

Dan banyak lagi
Lihat perkara lain yang macOS Sequoia boleh lakukan: Tambah pemformatan ke nota dan selesaikan masalah matematik; lihat peringatan terus dalam Kalendar; cari gambar dan video kumpulan orang tertentu dalam Foto; dan banyak lagi.
Selesaikan matematik dalam Nota