Sertai kumpulan Perkongsian Keluarga sebagai ahli keluarga pada Mac
Jika anda belum menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyertai kumpulan apabila pengelola keluarga menambah anda atau apabila anda menerima jemputan. Lihat Sertai kumpulan Perkongsian Keluarga dalam Perkongsian Keluarga.
Selepas menyertai keluarga, anda boleh menukar seting Perkongsian Keluarga anda. Anda boleh mengubah Apple ID yang anda gunakan untuk berkongsi pembelian anda dengan keluarga anda, atau anda boleh berhenti berkongsi pembelian anda. Lihat Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Anda juga boleh memilih sama ada setiap ahli keluarga boleh melihat lokasi peranti anda. Lihat Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang seting yang anda boleh tukar sebagai pengurus keluarga, lihat Uruskan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac.