Uruskan Perkongsian Keluarga
Jika anda belum menyertai kumpulan keluarga, anda boleh menyertai apabila pengurus menambah anda, atau anda boleh menyertai kemudian dengan menerima jemputan. Lihat Sertai kumpulan Perkongsian Keluarga dalam iCloud.
Selepas menyertai keluarga, anda boleh mengubah seting Perkongsian Keluarga anda. Anda boleh mengubah Apple ID yang anda gunakan untuk berkongsi pembelian anda dengan keluarga anda, atau anda boleh berhenti berkongsi pembelian anda. Lihat Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Anda juga boleh memilih sama ada setiap ahli keluarga boleh melihat lokasi peranti anda. Lihat Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang seting yang anda boleh tukar sebagai pengurus keluarga, lihat Tukar seting Perkongsian Keluarga.