Uruskan Perkongsian Keluarga
Jika anda belum menyertai kumpulan keluarga, anda boleh menyertai apabila pengurus menambah anda, atau anda boleh menyertai kemudian dengan menerima jemputan. Untuk maklumat lanjut, lihat Sertai kumpulan Perkongsian Keluarga.
Selepas menyertai keluarga, anda boleh mengubah seting Perkongsian Keluarga anda. Anda boleh mengubah Apple ID yang anda gunakan untuk berkongsi pembelian anda dengan keluarga anda, atau anda boleh berhenti berkongsi pembelian anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Kongsi pembelian dengan keluarga anda. Anda juga boleh memilih sama ada setiap ahli keluarga boleh melihat lokasi peranti anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Berhenti berkongsi lokasi anda dengan ahli keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang seting yang anda boleh tukar sebagai pengurus keluarga, lihat Mengurus keluarga yang anda aturkan.