Cari peranti keluarga anda
Apabila anda menyertai keluarga, anda boleh membantu ahli keluarga lain mencari komputer Mac, peranti iOS, Apple Watch (watchOS 3 atau lebih baru) dan AirPods mereka dengan menggunakan Cari iPhone Saya di iCloud.com daripada pelayar web anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan Cari Mac Saya.
Untuk cari peranti keluarga anda:
Komputer Mac mesti mempunyai Cari Mac Saya dipilih dalam keutamaan iCloud.
Peranti iOS mesti mempunyai Cari [peranti Saya] diaktifkan (dalam Seting > iCloud).
Apple Watch mesti mempunyai watchOS 3 atau lebih baru.
Secara lalai, anda boleh lihat lokasi peranti untuk setiap ahli keluarga. Jika seseorang berhenti berkongsi, dia mesti mengaktifkan perkongsian semula supaya anda dapat mencari peranti. Untuk maklumat lanjut, lihat Berhenti berkongsi lokasi anda dengan ahli keluarga.
Sebelum anda boleh membantu mencari peranti keluarga, anda mesti menyertai keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mencari peranti ahli keluarga menggunakan peranti iOS, lihat bahagian Perkongsian Keluarga pada panduan pengguna untuk iPhone, iPad atau iPod touch.