Cari peranti ahli keluarga menggunakan app Cari pada Mac
Apabila anda menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh membantu ahli keluarga lain mencari komputer Mac, peranti iOS atau iPadOS, Apple Watch dan AirPods mereka dengan menggunakan app Cari.
Untuk cari peranti keluarga anda:
Komputer Mac dengan macOS Ventura atau lebih baharu mestilah mengaktifkan Cari Mac Saya dalam seting iCloud.
Komputer Mac dengan macOS 12 atau lebih awal mestilah mengaktifkan Cari Mac Saya dalam anak tetingkap iCloud pada keutamaan Apple ID.
Peranti iOS dan iPadOS mesti mengaktifkan pilihan Cari.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mencari peranti ahli keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Cari peranti ahli keluarga” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Apple Watch mesti mempunyai watchOS 3 atau lebih baharu.
Setiap ahli keluarga boleh memilih sama ada mahu berkongsi lokasi mereka dengan ahli keluarga lain dalam seting Perkongsian Lokasi dalam Perkongsian Keluarga. Jika seseorang berhenti berkongsi, dia mesti mengaktifkan perkongsian semula supaya anda dapat mencari peranti. Lihat Berhenti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Cari pada iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac anda.