Cari peranti ahli Keluarga menggunakan app Cari
Apabila anda menyertai keluarga, anda boleh membantu ahli keluarga lain mencari Mac, peranti iOS dan iPadOS, Apple Watch (watchOS 3 atau lebih baru) dan AirPods dengan menggunakan app Cari. Lihat Sediakan app Cari untuk mencari Mac yang hilang.
Untuk cari peranti keluarga anda:
Komputer Mac mesti mempunyai Cari Mac Saya dipilih dalam anak tetingkap iCloud pada keutamaan Apple ID.
Peranti iOS dan iPadOS mesti mengaktifkan app Cari diaktifkan (dalam Seting > iCloud).
Apple Watch mesti mempunyai watchOS 3 atau lebih baru.
Secara lalai, anda boleh lihat lokasi peranti untuk setiap ahli keluarga. Jika seseorang berhenti berkongsi, dia mesti mengaktifkan perkongsian semula supaya anda dapat mencari peranti. Lihat Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Sebelum anda boleh membantu mencari peranti keluarga, anda mesti menyertai keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mencari peranti ahli keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Cari peranti ahli keluarga yang hilang” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.