Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi foto dan video pada Mac
Selepas pengelola keluarga mencipta kumpulan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga mempunyai album foto dikongsi yang dipanggil Keluarga. Ahli boleh melihat dan memuat turun foto dan video yang ahli keluarga lain tambah ke album. Gunakan mana-mana app ini:
Foto pada Mac anda. Lihat Apakah Album Dikongsi?
Foto pada iOS (iOS 7 atau lebih baru) atau peranti iPadOS anda. Lihat “Kongsi foto dengan Album Dikongsi dalam iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS terkini, muat turun panduan pengguna daripada tapak web Manual Sokongan Apple.
Sebelum anda boleh menggunakan album foto dikongsi keluarga, anda mesti menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga.