Cari peranti ahli Perkongsian Keluarga menggunakan Cari iPhone Saya dan Cari Mac Saya
Apabila anda menyertai keluarga, anda boleh membantu ahli keluarga lain mencari komputer Mac, peranti iOS, Apple Watch (watchOS 3 atau lebih baru) dan AirPods mereka dengan menggunakan Cari iPhone Saya di iCloud.com daripada pelayar web anda. Lihat Gunakan Cari Mac Saya untuk mencari Mac yang hilang.
Untuk cari peranti keluarga anda:
Komputer Mac mesti mempunyai Cari Mac Saya dipilih dalam keutamaan iCloud.
Peranti iOS mesti mempunyai Cari [peranti Saya] diaktifkan (dalam Seting > iCloud).
Apple Watch mesti mempunyai watchOS 3 atau lebih baru.
Secara lalai, anda boleh lihat lokasi peranti untuk setiap ahli keluarga. Jika seseorang berhenti berkongsi, dia mesti mengaktifkan perkongsian semula supaya anda dapat mencari peranti. Lihat Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Sebelum anda boleh membantu mencari peranti keluarga, anda mesti menyertai keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mencari peranti ahli keluarga menggunakan peranti iOS, lihat “Cari peranti ahli keluarga yang hilang” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.