Kongsi foto dan video dengan keluarga anda
Keluarga anda mempunyai album foto dikongsi yang dipanggil Keluarga. Anda boleh lihat dan muat turun foto serta video ahli keluarga lain yang ditambah ke album dan anda boleh tambah foto serta video anda sendiri. Gunakan mana-mana app ini:
Foto pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Apakah Perkongsian Foto iCloud?.
Foto pada peranti iOS anda (iOS 7 atau lebih baru). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian Foto daripada panduan pengguna iOS untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS terkini, muat turun panduan pengguna untuk iPhone, iPad atau iPod touch dari tapak web manual Sokongan Apple.
Aperture, jika ia dipasang pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan Aperture.
Sebelum anda boleh menggunakan album foto dikongsi keluarga, anda mesti menyertai keluarga.