![](https://help.apple.com/assets/5BFDD3F8094622802EEE504F/5BFDD3F9094622802EEE5056/ms_MY/f03254b849ee3909673147f87c2c58e9.png)
Tukar seting Perkongsian Keluarga
Jika anda sediakan Perkongsian Keluarga, anda ialah pengurus keluarga. Anda boleh menambah ahli keluarga, menghantar semula jemputan kepada orang lain untuk menyertai keluarga, mengubah Apple ID diguna untuk pembelian keluarga, memilih perkhidmatan yang ahli keluarga boleh gunakan dan mengeluarkan ahli keluarga. Anda boleh juga menghentikan Perkongsian Keluarga dan membubarkan kumpulan keluarga.
Jika anda ialah ahli keluarga tetapi bukan pengurus, anda boleh mengubah seting Perkongsian Keluarga anda, lihat Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda dan Henti berkongsi lokasi anda dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Jika anda tidak mempunyai kumpulan keluarga, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menguruskan seting Perkongsian Keluarga menggunakan peranti iOS, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Tambah ahli keluarga
Pengurus keluarga boleh menambah sehingga lima ahli keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga, klik butang Tambah
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah seseorang yang mempunyai Apple ID: Masukkan nama atau alamat e-mel seseorang yang anda mahu beliau sertai keluarga, klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin. Orang yang anda tambahkan mesti telah mempunyai Apple ID digunakan untuk daftar masuk ke iCloud.
Jika orang yang anda tambahkan berdekatan, mereka boleh memasukkan Apple ID dan kata laluan mereka. Jika tidak, anda boleh menghantar e-mel kepada orang itu untuk menjemputnya sertai.
Cipta akaun anak: Pilih “Cipta Apple ID untuk anak yang tidak mempunyai akaun,” klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Untuk mematuhi undang-undang perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian, anda guna CVV, kod pengesahan yang dihantar melalui SMS, atau kod keselamatan dari kaedah pembayaran anda sebagai sebahagian dari memberi persetujuan ibu bapa anda. Jika anda mempunyai kaedah pembayaran lain pada fail, anda akan diminta untuk menukarnya kepada kad kredit, kad debit , atau Union Pay sebelum anda boleh teruskan.
Pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga baru akan tersedia untuk keluarga selepas ahli baru mengesahkan Apple ID yang mereka gunakan untuk berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books. Setiap ahli keluarga boleh melakukan ini dalam keutamaan iCloud pada Mac atau dalam Seting > iCloud pada peranti iOS.
Petua: Sebagai pengurus keluarga, anda boleh menghantar semula e-mel jemputan kepada seseorang yang belum menerima jemputan lagi. Dalam keutamaan iCloud, klik Uruskan Keluarga, pilih ahli keluarga di sebelah kiri, kemudian klik Hantar Semula Jemputan di sebelah kanan.
Ubah kad kredit dikongsi
Sebagai pengurus keluarga, anda boleh mengubah kad kredit dikongsi oleh semua ahli keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun, klik Bayaran, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Satu kaedah bayaran ditunjukkan: Klik Butiran, kemudian ubah maklumat kad kredit dan alamat bil untuk kaedah bayaran utama anda.
Dua kaedah bayaran ditunjukkan: Guna iTunes untuk ubah maklumat kredit kad dan alamat bil untuk Apple ID yang anda guna untuk kongsi pembelian dengan keluarga anda. Untuk arahan, lihat Sediakan dan uruskan akaun iTunes Store anda dalam Panduan Pengguna iTunes.
Kaedah bayaran utama sentiasa ditunjukkan. Kaedah bayaran kedua, Perkongsian Keluarga, tidak muncul jika anda adalah pengurus keluarga dan Apple ID yang anda guna untuk daftar masuk iCloud adalah Apple ID yang sama anda guna untuk pembelian dikongsi dengan keluarga anda. Dalam kes ini, ahli keluarga berkongsi kaedah bayaran utama anda untuk pembelian Perkongsian Keluarga. Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Apple ID yang berlainan, lihat Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Keluarkan ahli keluarga
Sebagai pengurus keluarga, anda boleh keluarkan orang daripada kumpulan keluarga. Selepas anda mengeluarkan seseorang daripada keluarga, orang tersebut mungkin boleh menyertai atau menyediakan keluarga lain. Walau bagaimanapun, setiap seorang hanya boleh menyertai dua keluarga setiap tahun. (Menyertai semula keluarga atau mencipta yang baru dikira pada had ini).
Kanak-kanak di bawah 13 tidak boleh dikeluarkan daripada keluarga (umur berlainan mengikut negara atau rantau). Walau bagaimanapun, anda boleh mengalihkan anak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga, pilih ahli keluarga di sebelah kiri, kemudian klik butang Keluarkan
.
Orang yang anda keluarkan daripada keluarga dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit yang dikongsi tetapi hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi keluarga dengan serta-merta.
Item ahli keluarga lain tidak lagi muncul dalam bahagian Dibeli daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app dilindungi DRM yang ahli keluarga muat turun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi jika orang lain telah membelinya pada asalnya. Ahli keluarga lain tidak boleh menggunakan lagi kandungan dilindungi DRM yang dimuat turun daripada koleksi ahli sebelumnya.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika ahli keluarga itu membelinya menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app dengan membeli app itu.
Album foto, kalendar dan senarai peringatan ahli keluarga dikeluarkan daripada peranti ahli keluarga itu.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak akan muncul apabila ahli keluarga menggunakan Cari iPhone Saya di iCloud.com atau pada peranti iOS.
Tukar perkhidmatan yang keluarga anda kongsikan
Sebagai pengurus keluarga, anda boleh menambah, mengubah atau menghentikan perkhidmatan yang keluarga anda gunakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga.
Klik App & Perkhidmatan Saya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Apple Music: Semua ahli keluarga melanggan dan menyahlanggan secara automatik apabila anda mengubah status langganan keahlian keluarga anda.
Storan iCloud: Beli pelan storan iCloud 200 GB atau 2 TB dan ahli keluarga anda boleh berkongsinya dengan anda. Ahli keluarga juga boleh memilih untuk menyimpan pelan storan individu mereka sendiri jika mereka suka. Jika anda hentikan perkongsian storan iCloud, ahli keluarga diberikan tempoh ihsan untuk terus menggunakan storan dikongsi yang selepas itu mereka perlu untuk membuat pembelian pelan storan mereka sendiri.
Perkongsian Pembelian: Klik Perkongsian Pembelian untuk mendayakan atau menyahdayakan perkongsian pembelian, mengubah kaedah pembayaran anda atau melaraskan seting lain.
Perkongsian Lokasi: Klik Perkongsian Lokasi, kemudian pilih atau nyahpilih ahli keluarga yang anda mahu berkongsi lokasi anda. Jika anda belum menyediakan Perkongsian Lokasi, klik Ketahui Lebih Lanjut untuk mengetahui cara untuk menyediakannya pada semua peranti anda.
Klik Selesai.
Apabila anda menyediakan Perkongsian Keluarga, senarai album foto keluarga, kalendar dan peringatan disediakan untuk digunakan oleh ahli keluarga yang melanggan. Sebagai pengurus keluarga, anda boleh memadamkan item dikongsi ini supaya ia tidak tersedia untuk ahli keluarga.
Hentikan Perkongsian Keluarga
Sebagai pengurus keluarga anda, boleh menghentikan Perkongsian Keluarga dan membubarkan kumpulan keluarga dengan mengeluarkan diri anda sendiri daripadanya. Selepas itu, setiap seorang yang berada dalam keluarga anda mungkin boleh menyertai atau menyediakan keluarga lain. Walau bagaimanapun, setiap seorang hanya boleh menyertai dua keluarga setiap tahun. (Menyertai semula keluarga atau mencipta yang baru dikira pada had ini).
Jika keluarga anda memasukkan kanak-kanak di bawah 13 (umur berlainan mengikut negara atau rantau), anda mesti memindahkan mereka kepada kumpulan keluarga berlainan sebelum anda boleh berhenti Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga, pilih nama anda di sebelah kiri, kemudian klik butang Keluarkan
.
Jika anda menghentikan Perkongsian Keluarga, ahli dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi tetapi hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi keluarga dengan serta-merta.
Item ahli keluarga lain tidak lagi muncul dalam bahagian Dibeli daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dilindungi DRM dan app yang dibeli oleh seorang ahli keluarga pada asalnya dan dimuat turun oleh orang lain boleh digunakan oleh pembeli asalnya sahaja.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika ia dibuat menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga sebelumnya boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app mereka dengan membeli app itu.
Album foto, kalendar dan senarai peringatan ahli keluarga dikeluarkan daripada semua peranti keluarga.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak akan muncul lagi dalam Cari iPhone Saya di iCloud.com atau pada peranti iOS.