Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea dalam Pages pada iPhone
Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk beberapa sistem penulisan berbeza untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada peranti anda. Apabila anda menyediakan mana-mana papan kekunci Cina, Jepun atau Korea pada peranti anda, Pages menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik.
Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:
Bahasa Cina Ringkas: PingFang SC
Bahasa Cina Tradisional untuk Taiwan: PingFang TC
Bahasa Cina Tradisional untuk Hong Kong dan Macau: PingFang HK
Bahasa Korea Apple SD Gothic Neo
Bahasa Jepun: Hiragino Sans (sans serif) atau Hiragino Mincho (serif)
Penting: Arahan di bawah menganggap bahawa anda telah menyediakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea pada peranti anda. Untuk menyediakan papan kekunci antarabangsa, buka Seting pada peranti anda, ketik Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci, kemudian tambah papan kekunci baru.
Tambah tanda penekanan bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh tambah tanda penekanan yang biasa digunakan dalam teks bahasa Cina, Jepun, atau Korea. Sebagai contoh, dengan menggunakan papan kekunci bahasa Cina, anda boleh menggunakan titik Boten di bawah atau di atas teks, atau garis bawah beralun. Dengan teks Bahasa Jepun anda boleh menambah titik biasa atau titik bijan
Tukar papan kekunci anda ke papan kekunci bahasa Cina, Jepun dan Korea.
Pilih aksara yang anda mahu formatkan, kemudian ketik .
Jika anda tidak nampak kawalan teks, ketik Teks.
Ketik butang tanda penekanan.
Pilihan pemformatan bergantung pada papan kekunci semasa.
Gunakan gaya senarai bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh menggunakan senarai gaya Cina, Jepun dan Korea (khususnya, gaya bulet atau sistem pernomboran) untuk senarai yang ditulis dalam sebarang bahasa.
Pilih item senarai dengan penomboran atau huruf yang anda mahu tukar.
Ketik , kemudian ketik Teks.
Ketik Bulet & Senarai, kemudian ketik gaya senarai.
Pilihan pemformatan bergantung pada papan kekunci yang disediakan.