Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Setkan jarak baris dan perenggan dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menambah atau mengurangkan jarak antara baris dalam perenggan dan sebelum serta selepas perenggan.
Ketik dalam perenggan atau pilih teks tertentu, atau ketik kotak teks atau bentuk dengan teks.
Nota: Jika anda menggunakan gaya perenggan dalam dokumen anda dan mahu memasukkan pertukaran jarak baris dalam gaya perenggan, seret melepasi aksara terakhir dalam perenggan untuk menyertakan simbol pemformatan (ia tidak kelihatan sehingga anda menyeret ke atasnya). Lihat Pengenalan kepada simbol pemformatan.
Ketik (kemudian ketik Teks jika anda pilih kotak teks atau bentuk).
Ketik Jarak Baris, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan jarak antara baris teks. Ketik di sebelah Jarak untuk mengurangkan atau meningkatkan jarak.
Setkan jumlah jarak sebelum dan selepas perenggan: Ketik bersebelahan Sebelum atau Selepas untuk mengurangkan atau meningkatkan jarak.