Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen Pages pada iPhone
Halaman bertentangan (juga dikenali sebagai hamparan dua halaman) selalu digunakan untuk tataletak buku dan juga dokumen dwimuka yang anda mahu cetak. Dokumen yang menggunakan halaman bertentangan boleh mempunyai pengepala, pengaki dan halaman induk berbeza pada halaman bertentangan kiri dan kanan.
Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen pemprosesan perkataan
Ketik penjuru halaman (supaya tiada yang dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian aktifkan Halaman Bertentangan.
Nota: Jika Isi Dokumen dinyahaktifkan, ini ialah dokumen tataletak halaman dan anda seharusnya mengikut arahan dalam “Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen tataletak halaman” di bawah.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan pengepala dan pengaki berbeza untuk halaman menghadap kiri dan kanan: Ketik tab Bahagian, kemudian aktifkan Kiri dan Kanan Berlainan. Jika anda tidak boleh mengaktifkan pilihan ini, pastikan Pengepala dan Pengaki diaktifkan dalam tab Dokumen.
Setkan margin: Ketik Persediaan Dokumen di bahagian bawah tab Dokumen, kemudian seret anak panah di pinggir atas, bawah, dalam dan luar dokumen. Anda boleh menjadikan margin dalam lebih lebar daripada margin luar untuk memberikan ruang untuk menjilid.
Setkan jarak pengepala dan pengaki dari pinggir atas dan bawah halaman: Seret anak panah di atas pengepala dan di bawah pengaki untuk melaraskan jarak. Anda juga mungkin perlu menyeret anak panah supaya dokumen mendapat jarak yang anda mahu. Jika anda menghadapi masalah memilih anak panah, regangkan jari anda pada skrin untuk zum halaman.
Ketik Selesai di penjuru kiri atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen tataletak halaman
Ketik penjuru halaman (supaya tiada yang dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian aktifkan Halaman Bertentangan.
Nota: Jika Isi Dokumen aktif, ini ialah dokumen pemprosesan perkataan dan anda seharusnya mengikut arahan dalam “Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen pemprosesan perkataan” di atas.
Untuk menggunakan pengepala dan pengaki berlainan untuk halaman menghadap kiri dan kanan, aktifkan Kiri dan Kanan Berlainan.
Jika anda tidak boleh mengaktifkan pilihan ini, pastikan Pengepala dan Pengaki diaktifkan.
Untuk mengesetkan margin serta jarak pengepala dan pengaki, ketik Persediaan Dokumen di bahagian bawah tab Dokumen, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan margin: Seret anak panah di pinggir atas, bawah, dalam dan luar dokumen. Anda boleh menjadikan margin dalam lebih lebar daripada margin luar untuk memberikan ruang untuk menjilid.
Setkan jarak pengepala dan pengaki dari pinggir atas dan bawah halaman: Seret anak panah di atas pengepala dan di bawah pengaki untuk melaraskan jarak. Anda juga mungkin perlu menyeret anak panah supaya dokumen mendapat jarak yang anda mahu. Jika anda menghadapi masalah memilih anak panah, regangkan jari anda pada skrin untuk zum halaman.
Ketik Selesai di penjuru kiri atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Petua: Apabila anda mencetak halaman, semak pilihan pencetak anda dan setkannya untuk mencetak dua halaman per helaian.