Pages
Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Tunjukkan kiraan perkataan dan statistik dokumen lain dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menunjukkan kiraan perkataan, kiraan aksara (dengan atau tanpa ruang), bilangan perenggan dan bilangan halaman dalam dokumen.
Tunjukkan kiraan perkataan, aksara atau perenggan
Ketik di bahagian atas skrin, aktifkan Kiraan Perkataan, kemudian ketik Selesai.
Kiraan perkataan muncul berhampiran bahagian bawah skrin—anda boleh menyeretnya ke penjuru untuk menempatkannya semula.
Untuk melihat statistik lain, ketik pengira perkataan.
Untuk memaparkan statistik lain dalam kaunter, ketiknya.
Untuk melihat kiraan perkataan dan statistik lain untuk sebahagian dokumen sahaja, seperti perenggan, pilih teks yang anda mahu semak—kiraan perkataan akan dikemas kini untuk menunjukkan teks yang dipilih sahaja.
Terima kasih atas maklum balas anda.