Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Setkan margin dokumen dalam Pages pada iPhone
Jika anda bekerja dengan dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh mengesetkan margin dokumen atas, bawah, kiri dan kanan. Dalam dokumen tataletak halaman, anda mengeset margin untuk pengepala dan pengaki. Seting anda digunakan pada keseluruhan dokumen. Untuk mengesetkan margin untuk perenggan individu, lihat Setkan margin perenggan.
Setkan margin
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian ketik Persediaan Dokumen di bahagian bawah kawalan.
Dalam Persediaan Dokumen, seret anak panah berganda di atas, bawah dan sisi dokumen untuk mengesetkan margin.
Untuk dokumen yang menggunakan halaman bertentangan, anda lihat dua halaman dalam Persediaan Dokumen. Margin kedua-dua halaman bertukar semasa anda menyeret anak panah.
Ketik Selesai di penjuru kiri atas untuk menutup Persediaan Dokumen.