Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Setkan margin perenggan dalam Pages pada iPhone
Anda juga boleh melaraskan margin untuk perenggan tertentu untuk mengindenkannya daripada margin dokumen dan menukar inden baris pertama setiap perenggan. Untuk mengesetkan margin bagi keseluruhan dokumen, lihat Setkan margin dokumen.
Setkan margin perenggan dalam teks isi
Ketik dalam perenggan, atau pilih satu atau lebih perenggan.
Nota: Perubahan anda digunakan hanya pada perenggan atau teks dipilih.
Ketik , kemudian ketik Pembaris.
Seret penanda inden margin dan perenggan ke tempat yang anda mahukannya.
Sambil anda menyeret, anda boleh melihat paparan dibesarkan penanda dengan lokasi nombornya pada pembaris untuk membantu anda menempatkannya dengan tepat.
Setkan margin teks dalam kotak teks, bentuk atau sel jadual
Anda boleh melaraskan jumlah jarak antara teks dan kotak teks atau bentuk yang mengandunginya.
Pilih teks, atau ketik kotak teks, bentuk dengan teks, atau jadual sel, baris, atau lajur.
Ketik , kemudian ketik Teks atau Sel.
Dalam bahagian Margin, ketik untuk mengurangkan atau meningkatkan jumlah jarak.