Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Buka dokumen dalam Pages pada iPhone
Anda boleh membuka dokumen yang disimpan pada iPhone anda, dalam iCloud Drive, pada pelayan bersambung dan dalam penyedia storan pihak ketiga. Jika anda telah memasang iOS 13 pada iPad, anda boleh membuka dokumen yang disimpan pada peranti storan luaran yang disambungkan ke iPhone anda. Anda juga boleh membuka dan mengedit dokumen Microsoft Word (fail dengan sambungan nama fail .doc atau .docx) dalam Pages, kemudian simpannya sebagai dokumen Pages atau Word, atau sebagai PDF.
Nota: Apabila anda membuka dokumen disimpan dalam iCloud Drive, ia dimuat turun secara automatik ke peranti anda.
Buka dokumen sedia ada dalam Pages
Buka Pages dan jika dokumen sudah dibuka, ketik Dokumen atau di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Ketik imej kecil untuk membuka dokumen.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda mahu buka, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari dokumen.
Apabila anda membuka dokumen Pages yang menggunakan fon yang anda tiada, pemberitahuan mesej fon tiada muncul sebentar di bahagian atas dokumen. Jika anda mahu melihat fon yang hilang dan fon gantian yang sedang digunakan, ketik Tunjukkan. Untuk menggantikan fon itu dalam dokumen ini secara kekal, ketik Selesaikan Amaran Fon, kemudian ketik Selesaikan.