Tambah nombor halaman dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menambah nombor halaman ke dokumen anda yang dilaraskan secara automatik apabila halaman ditambah atau dipadamkan. Anda boleh menambah nombor halaman ke pengepala atau pengaki pada halaman anda, atau di tempat lain dalam dokumen-contohnya dalam teks isi atau dalam objek.
Tambah nombor halaman
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari.
Ketik tab Dokumen, kemudian ketik Persediaan Dokumen di bahagian bawah kawalan.
Nota: Pastikan Pengepala atau Pengaki diaktifkan sebelum anda mengetik Persediaan Dokumen.
Dalam Persediaan Dokumen, gunakan dua jari untuk zum, kemudian ketik medan pengepala atau pengaki di tempat yang anda mahu nombor halaman muncul.
Ketik Nombor Halaman, kemudian ketik gaya penomboran.
Untuk menukar fon nombor, saiz fon, warna atau penjajaran, pilih nombor halaman, ketik , kemudian buat sebarang pelarasan.
Ketik Selesai di sudut atas sebelah kiri skrin.
Tukar nombor permulaan dan gaya nombor
Selepas anda menambah nombor halaman, anda boleh menukar nombor halaman permulaan dan menukar gaya nombor untuk bahagian dalam dokumen pemprosesan perkataan atau untuk halaman dalam dokumen tataletak halaman.
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari, atau ketik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Bahagian (dalam dokumen pemprosesan perkataan) atau tab Tataletak Halaman (dalam dokumen tataletak halaman), kemudian ketik Nombor Halaman.
Untuk mengesetkan nombor halaman permulaan, pilih pilihan:
“Teruskan daripada bahagian sebelumnya” (untuk dokumen pemprosesan perkataan) atau “Teruskan daripada halaman sebelumnya” (untuk dokumen tataletak halaman).
“Mula pada”, kemudian klik anak panah atas atau bawah untuk mengesetkan nombor permulaan.
Pilih format nombor.
Ketik untuk kembali ke dokumen.
Jika Padankan Dengan Halaman Sebelumnya diaktifkan pada halaman seterusnya dalam dokumen anda, nombor halaman ditokok ke nombor seterusnya dan menggunakan gaya penomboran halaman ini.