Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Simpan dan namakan dokumen dalam Pages pada iPhone
Pages menyimpan dokumen anda secara automatik semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai. Pada bila-bila masa, anda boleh menamakan semula dokumen atau mencipta salinannya dengan nama lain.
Namakan semula dokumen
Buka Pages dan jika dokumen sudah dibuka, ketik Dokumen atau di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Sentuh dan tahan imej kecil dokumen, angkat jari anda, kemudian ketik Namakan Semula.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda namakan semula, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari dokumen.
Taipkan nama baru, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan nama semasa dengan cepat, ketik “x” dalam medan teks.
Simpan salinan dokumen
Buka Pages dan jika dokumen sudah dibuka, ketik Dokumen atau di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Sentuh dan tahan imej kecil dokumen yang anda mahu salin, angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi.
Duplikasi muncul dengan nombor ditambah pada namanya.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda salin, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan Cari dokumen.