Setkan saiz dan orientasi kertas dalam Pages pada iPhone
Kebanyakan templat Pages dicipta untuk dokumen dengan saiz kertas standard, tetapi anda boleh menukar saiz kertas dokumen pada bila-bila masa. Anda juga boleh menukar orientasi (potret atau landskap). Selepas itu, anda mungkin perlu membuat pelarasan supaya dokumen kelihatan seperti yang anda mahu.
Setkan saiz kertas
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian ketik saiz kertas.
Apabila anda selesai, ketik untuk kembali ke dokumen.
Setkan orientasi halaman
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian ketik orientasi halaman.
Anda boleh menggunakan hanya satu orientasi halaman untuk dokumen anda. Pages tidak menyokong campuran halaman dalam potret dan landskap dalam dokumen yang sama.
Apabila anda selesai, ketik untuk kembali ke dokumen.
Setkan saiz kertas tersuai
Ketik di penjuru sebarang halaman dalam dokumen (supaya tiada apa-apa dipilih), kemudian ketik .
Untuk memudahkan anda mengetik tanpa memilih teks atau objek secara tidak sengaja, zum halaman dengan dua jari. Anda juga boleh mengetik imej kecil halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik tab Dokumen, kemudian ketik Saiz Tersuai.
Ketik Lebar atau Tinggi, kemudian tukarkan nilai kepada saiz baru.
Untuk menyimpan perubahan anda, ketik Selesai di penjuru kanan atas.