Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Tambah jidar di sekeliling halaman dalam Pages pada iPhone
Untuk menambah jidar—seperti garis padu atau bertitik—di sekeliling halaman, anda perlu menambah dahulu bentuk segi empat pada halaman, kemudian tukar atribut bentuk agar ia menyerupai jidar. Contohnya, anda boleh menukar saiz bentuk, menetapkan tanpa isian (berbanding isian warna) agar ia tidak melindungi objek lain pada halaman, mengesetnya agar sentiasa aktif pada halaman dan seterusnya. Anda kemudian boleh mengesetkan jidar sebagai objek utama agar ia muncul pada semua halaman.
Ketik , kemudian ketik .
Dalam kategori Asas, ketik segi empat atau segi empat bucu bulat untuk menambahnya.
Seret titik biru yang muncul di sekeliling bentuk sehingga pinggir luar bentuk mencipta saiz jidar yang anda mahukan.
Ketik , kemudian ketik Gaya.
Ketik Isian, ketik Praset, kemudian leret ke kiri dan ketik Tiada Isian.
Atau, jika anda mahu kawasan berjidar mempunyai warna latar belakang, ketik pilihan isian. Anda boleh membuatkan objek lebih lutsinar supaya ia tidak menyembunyikan objek lain pada halaman.
Ketik untuk kembali ke tab Gaya.
Ketik untuk mengaktifkan Jidar, kemudian gunakan kawalan untuk memilih gaya, warna dan lebar jidar.
Untuk menukar kelutsinaran, seret gelangsar Kelegapan di bahagian bawah kawalan.
Untuk mengunci jidar supaya ia tidak digerakkan secara tidak sengaja, ketik Susun (di bahagian atas kawalan), kemudian ketik Kunci.
Apabila anda selesai, ketik di mana-mana tempat pada halaman untuk menutup kawalan.