Tukar keutamaan Akaun Internet pada Mac
Gunakan keutamaan Akaun Internet untuk menambah akaun internet anda daripada Google, Yahoo dan penyedia lain supaya anda boleh menggunakannya dalam app Mac anda. Akaun iCloud yang anda sediakan dalam keutamaan Apple ID juga kelihatan dalam keutamaan Akaun Internet.
Untuk setiap akaun, anda boleh pilih ciri akaun yang anda mahu gunakan, seperti Mail, Kenalan, Kalendar dan banyak lagi.
Nota: Memadamkan akaun atau menyahpilih ciri individu boleh mengeluarkan data yang disimpan dalam app anda. Data mungkin dipulihkan jika anda pilih ciri atau menambah akaun semula. Jika anda tidak pasti, tanya pembekal akaun.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet .
Buka keutamaan Akaun Internet untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai akaun (di sebelah kiri) | Lihat dan tukar ciri serta seting untuk akaun yang telah disediakan pada Mac anda. | ||||||||||
Senarai ciri akaun atau senarai jenis akaun (di sebelah kanan) | Pilih ciri-ciri yang anda mahu gunakan dan tukar seting untuk akaun dipilih. Apabila tiada akaun dipilih di sebelah kiri, anda boleh menambah akaun baharu dengan mengklik penyedia di sebelah kanan. Sebagai contoh, anda boleh menambah akaun iCloud, Google, atau Microsoft Exchange. | ||||||||||
Butang Tambah | Tambah akaun daripada penyedia akaun. Masukkan maklumat yang diminta untuk menyediakan akaun. Jika anda belum lagi mempunyai akaun daripada penyedia tertentu seperti Yahoo, cipta satu pada tapak web penyedia, kemudian tambahkannya di sini. Jika anda mahu menambah akaun daripada pembekal yang tidak disenaraikan, seperti akaun mel atau kalendar untuk syarikat atau sekolah anda, klik Tambah Akaun Lain di sebelah kanan, klik jenis akaun yang anda mahu tambah, kemudian masukkan seting akaun yang diminta. Jika anda tidak tahu jenis akaun atau seting akaun, tanya pembekal akaun. | ||||||||||
Butang keluarkan | Keluarkan akaun dipilih dan nyahaktifkan semua ciri-cirinya: Jika Mac anda disediakan untuk Rantai Kunci iCloud apabila anda mengeluaran akaun (selain daripada akaun iCloud utama anda), anda diminta sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang disediakan untuk Rantai Kunci iCloud, atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun itu pada Mac ini. |