Keutamaan Akaun Internet
Gunakan keutamaan Akaun Internet untuk menambah akaun media sosial anda dan akaun internet lain dari Google, Twitter, Facebook, LinkedIn, Yahoo! dan penyedia lain supaya anda boleh menggunakannya dalam app Mac anda. Akaun iCloud yang anda sediakan dalam keutamaan iCloud juga muncul dalam keutamaan Akaun Internet. Anda juga boleh menambah lagi akaun iCloud, jika ada.
Untuk setiap akaun, anda boleh pilih ciri akaun yang anda mahu gunakan, seperti Mail, Kenalan, Kalendar, Nota, Peringatan, Mesej, Pemberitahuan, Game Center dan Menu Kongsi.
Nota: Memadamkan akaun atau menyahpilih ciri individu boleh mengeluarkan data yang disimpan dalam app anda. Data mungkin dipulihkan jika anda pilih ciri atau menambah akaun semula. Jika anda tidak pasti, tanya pembekal akaun.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Buka keutamaan Akaun Internet untuk saya
Senarai akaun (di sebelah kiri) | Tunjukkan akaun telah disediakan pada Mac anda. Pilih akaun untuk melihat ciri-ciri dan setingnya. | ||||||||||
Senarai ciri akaun atau senarai jenis akaun (di sebelah kanan) | Jika akaun diserlahkan di sebelah kiri, ciri dan setingnya disenaraikan di sebelah kanan. Pilih ciri-ciri yang anda mahu gunakan dan ubah seting seperti yang anda suka. Jika tiada akaun diserlahkan di sebelah kiri, anda boleh menambah satu akaun dengan mengklik pembekal seperti iCloud di sebelah kanan. | ||||||||||
Tambah butang | Untuk menambah akaun, klik butang Tambah , pilih pembekal akaun, kemudian masukkan maklumat yang diminta. Jika anda belum lagi mempunyai akaun daripada pembekal tertentu seperti Yahoo!, cipta satu pada tapak web pembekal, kemudian tambahkannya di sini. Jika anda mahu menambah akaun daripada pembekal yang tidak disenaraikan, seperti akaun mel atau kalendar untuk syarikat atau sekolah anda, klik Tambah Akaun Lain di sebelah kanan, klik jenis akaun yang anda mahu tambah, kemudian masukkan seting akaun yang diminta. Jika anda tidak tahu jenis akaun atau seting akaun, tanya pembekal akaun. | ||||||||||
Butang keluarkan | Untuk mengeluarkan akaun diserlahkan dan menyahaktifkan semua cirinya, klik butang Keluarkan . Jika Mac anda disediakan untuk Rantai Kunci iCloud apabila anda mengeluaran akaun (selain daripada akaun iCloud utama anda), anda diminta sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang disediakan untuk Rantai Kunci iCloud, atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun itu pada Mac ini. |