Jika anda daftar keluar dari iCloud
Jika anda mendaftar keluar dari iCloud dalam keutamaan iCloud, dokumen dan data anda yang disimpan dalam iCloud akan dikeluarkan daripada Mac anda. Penanda buku dan Senarai Bacaan anda kekal berada dalam Safari, tetapi senarai halaman web Tab iCloud yang terbuka pada peranti lain anda tidak lagi tersedia.
Anda ditanya sama anda mahu simpan salinan dalam Mac untuk dokumen yang disimpan dalam iCloud Drive dan data yang disimpan dalam iCloud oleh Kenalan, Kalendar dan Peringatan. Jika anda simpan salinan, iCloud tidak kekalkannya terkini dengan perubahan pada peranti lain anda.
Anda juga ditanya sama ada anda mahu muat turun atau keluarkan foto dan video yang tidak dimuat turun sepenuhnya dari Pustaka Foto iCloud ke Mac anda. Selepas anda daftar keluar daripada iCloud dalam keutamaan iCloud, Foto dan video yang dimuat turun tidak akan kekal terkini dengan perubahan pada peranti lain anda. Jika anda mempunyai foto dalam Strim Foto Saya yang tidak diimport ke Mac anda, ia tidak lagi muncul pada Mac anda.
Salin dokumen dan data iCloud sebelum mendaftar keluar
Sebelum mendaftar keluar dari iCloud, anda boleh menyalin atau mengarkibkan secara memilih, dokumen dan data iCloud ke Mac anda.
iCloud Drive: Untuk arahan tentang menyalin dokumen ke Mac anda, lihat Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive.
Mail: Untuk arahan, lihat Alih atau salin mesej.
Kenalan: Untuk arahan, lihat Eksport dan arkib kenalan.
Kalendar: Untuk arahan, lihat Import dan eksport kalendar.
Peringatan: Untuk arahan, lihat Eksport dan import peringatan.
Dokumen dan data yang disalin ke Mac anda tidak akan dikemas kekal terkini mengikut perubahan pada peranti anda yang lain.
Selepas mendaftar keluar dari iCloud pada Mac, anda masih boleh mengakses dokumen iCloud, data, foto dan video anda pada peranti lain anda yang disediakan untuk iCloud serta pada iCloud.com.
Jika anda mendaftar masuk ke iCloud semula pada Mac anda, dokumen dan data iCloud anda akan muncul semula pada Mac anda. Foto dan video yang belum dimuat turun lagi dari Pustaka Foto iCloud juga muncul pada Mac anda.