Tukar keutamaan Pengguna Tetamu Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh menggunakan Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk membenarkan orang lain menggunakannya buat sementara sebagai pengguna tetamu tanpa menambahnya sebagai pengguna individu. Ketahui cara untuk menyediakan pengguna tetamu baharu.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan , kemudian pilih Pengguna Tetamu dalam senarai di sebelah kiri. Jika tetamu dilog masuk ke Mac,, anda tidak boleh memilih Pengguna Tetamu.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Benarkan tetamu log masuk ke komputer ini | Benarkan pengguna tetamu melog masuk ke Mac anda tanpa memasukkan kata laluan. Untuk mengaktifkan akses tetamu, pilih Pengguna Tetamu dalam senarai di sebelah kiri. Pengguna tetamu tidak boleh log masuk dari jauh. Jika FileVault diaktifkan, pengguna tetamu boleh mengakses Safari, namun tidak boleh mengakses cakera disulitkan anda atau mencipta fail. Anda juga boleh menghalang pengguna tetamu daripada mengakses tapak web dewasa. Apabila pengguna tetamu log keluar, semua maklumat dan fail dalam folder utama pengguna tetamu dipadamkan. | ||||||||||
Benarkan pengguna tetamu untuk bersambung ke folder dikongsi | Benarkan pengguna tetamu akses kepada folder dikongsi daripada komputer lain dalam rangkaian anda. |
Akses tetamu berfungsi dengan app Cari Saya untuk membantu anda mencari Mac anda jika ia hilang. Anda boleh mencari Mac anda jika seseorang mencarinya, log masuk sebagai tetamu dan kemudian menggunakan Safari untuk akses internet. Lihat Sediakan app Cari untuk mencari Mac, peranti, atau item yang hilang.