Tukar keutamaan pengguna Tetamu Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh membenarkan orang lain menggunakannya buat sementara sebagai pengguna tetamu tanpa menambahnya sebagai pengguna individu.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian pilih Pengguna Tetamu di sebelah kiri. Jika tetamu dilog masuk ke Mac anda sekarang, anda tidak boleh memilih Pengguna Tetamu.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Benarkan tetamu log masuk ke komputer ini | Membenarkan individu lain log masuk ke Mac anda tanpa memasukkan kata laluan. Pengguna tetamu tidak boleh log masuk dari jauh. Jika anda memilih pilihan ini, anda boleh juga memilih yang berikut. | ||||||||||
Dayakan kawalan ibu bapa | Aktifkan kawalan ibu bapa untuk pengguna tetamu dengan keistimewaan log masuk. Untuk menetapkan sekatan bagi apa yang pengguna tetamu boleh lakukan, klik Buka Kawalan Ibu Bapa dan pilih pilihan. Lihat Sediakan kawalan ibu bapa. | ||||||||||
Benarkan pengguna tetamu untuk bersambung ke folder dikongsi | Membenarkan pengguna tetamu mengakses folder dikongsi daripada komputer lain dalam rangkaian anda. | ||||||||||
Tambah dan Keluarkan | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baru, klik butang Tambah , kemudian masukkan maklumat bagi pengguna atau kumpulan baru. Untuk memadam pengguna atau kumpulan, pilihnya dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . Lihat Padam pengguna atau kumpulan. | ||||||||||
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Pengguna & Kumpulan. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Akses tetamu berfungsi dengan ciri Cari Mac Saya dalam iCloud bagi membantu anda mencari Mac jika ia hilang. Anda boleh tempatkan Mac anda jika seseorang mencarinya, log masuk sebagai tetamu dan kemudian menggunakan Safari untuk akses Internet. Lihat Gunakan Cari Mac Saya untuk mencari Mac yang hilang.
Nota: Jika FileVault diaktifkan, pengguna hanya boleh menggunakan Safari dan tidak boleh mengakses cakera anda yang disulitkan atau mencipta fail.