Tukar seting Ethernet dalam keutamaan Rangkaian pada Mac
Gunakan anak tetingkap Ethernet daripada keutamaan Rangkaian pada Mac anda untuk menyediakan dan mengurus sambungan Ethernet anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian , kemudian pilih perkhidmatan Ethernet dalam senarai di sebelah kiri.
Jika terdapat kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap Rangkaian, kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai Perkhidmatan | Senarai perkhidmatan rangkaian. Cipta perkhidmatan rangkaian baharu: Klik butang Tambah , klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih jenis perkhidmatan rangkaian yang anda mahu cipta. Taipkan nama dalam medan Nama Perkhidmatan, kemudian klik Cipta. Keluarkan perkhidmatan rangkaian: Pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan . Uruskan perkhidmatan rangkaian: Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih pilihan. Anda boleh menduplikasi perkhidmatan, menamakan semula perkhidmatan, mengesetkan tertib perkhidmatan, mengimport atau mengeksport konfigurasi dan mengurus antara muka maya. | ||||||||||
Status | Status sambungan Ethernet.
| ||||||||||
Konfigurasi IPv4 | Pilih kaedah konfigurasi IPv4 disyorkan untuk ISP anda.
| ||||||||||
Pelayan DNS | Lihat seting pelayan DNS untuk sambungan ini. | ||||||||||
Domain Carian | Lihat seting domain carian untuk sambungan ini. | ||||||||||
Alamat IPv6 | Lihat alamat IPv6 untuk sambungan ini. | ||||||||||
Hadkan Penjejakan Alamat IP | Hadkan penjejakan alamat IP dengan menyembunyikan alamat IP ada daripada penjejak yang diketahui dalam Mail dan Safari. Jika anda melanggan iCloud+ dan mengaktifkan Geganti Peribadi dalam keutamaan iCloud, ia dinyahaktifkan apabila anda menyahpilih pilihan ini. Lihat Gunakan Geganti Peribadi iCloud pada Mac. Nota: Geganti Peribadi iCloud kini dalam beta. | ||||||||||
802.1X: <nama profil> Bersambung | Sertai rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. Pilihan ini tersedia jika anda mempunyai profil dipasang untuk rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. | ||||||||||
Lanjutan | Setkan atau lihat pilihan Ethernet tambahan seperti konfigurasi TCP/IP, seting DNS, seting WINS, profil konfigurasi 802.1X, seting pelayan proksi dan seting perkakasan. |