Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan Ethernet
Anda boleh menggunakan Ethernet untuk bersambung ke internet, sama ada melalui rangkaian Ethernet atau melalui modem DSL atau kabel. Jika anda menggunakan modem, pastikan modem diaktifkan dan disambungkan ke jek dinding dengan kabel yang disertakan dengan modem.
Gunakan kabel Ethernet untuk sambung port Ethernet komputer anda ke modem atau peranti rangkaian lain (sebagai contoh, suis atau penghala). Jika komputer anda tidak mempunyai port Ethernet, cuba menggunakan penyesuai USB ke Ethernet atau penyesuai Thunderbolt ke Ethernet Gigabit.
Dalam kebanyakan kes, anda akan disambungkan ke internet secara automatik. Jika tidak, lengkapkan langkah berikut untuk masukkan seting rangkaian anda. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dimasukkan, semak dengan pentadbir rangkaian atau ISP anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih Ethernet dalam senarai pada sebelah kiri.
Klik menu timbul IPv4 Konfigurasi, kemudian pilih kaedah konfigurasi yang dicadangkan ISP anda.
Menggunakan DHCP atau Menggunakan BootP: Pilih mana-mana daripada ini jika anda menerima alamat IP secara automatik dari ISP anda.
Menggunakan DHCP dengan alamat manual: Pilih ini jika anda menerima alamat IP tertentu dan ISP anda menggunakan DHCP atau seting rangkaian lain.
Secara Manual: Pilih ini jika anda menerima alamat IP tertentu, topeng subnet dan alamat penghala dari ISP anda.
Klik Lanjutan, klik DNS, klik butang Tambah di bawah Pelayan DNS, kemudian masukkan alamat IP daripada pelayan DNS ISP anda.
Jika ISP anda memberikan alamat domain carian, masukkannya juga. Ini mungkin tidak diperlukan jika anda konfigurasi seting IP anda untuk menggunakan DHCP.
Jika anda telah diberikan seting lain daripada pembekal perkhidmatan anda, seperti IPv6, pelayan proksi atau seting Ethernet tambahan, klik Lanjutan untuk memasukkannya.
Klik OK untuk menjadikan seting aktif bagi perkhidmatan Ethernet.