Tukar keutamaan Umum Keselamatan & Privasi pada Mac
Gunakan anak tetingkap Umum dalam keutamaan Keselamatan & Privasi untuk membuatkan Mac anda lebih selamat daripada perisian hasad dan gangguan.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi , kemudian klik Umum.
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Buka anak tetingkap Umum untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Ubah Kata Laluan | Tukar kata laluan log masuk untuk pengguna semasa. Lihat Cara mengingati kata laluan dan Jika anda terlupa kata laluan log masuk anda. |
Memerlukan kata laluan... selepas tidur atau penyelamat skrin bermula | Kunci Mac anda apabila ditinggalkan dalam keadaan melahu. Setelah Mac bangun, kata laluan log masuk pengguna mesti dimasukkan sebelum Mac boleh digunakan. Anda boleh pilih jumlah masa selepas penyelamat skrin atau tidur bermula sebelum kata laluan diperlukan. |
Tunjukkan mesej apabila skrin dikunci | Paparkan mesej pendek dalam tetingkap log masuk apabila Mac anda dikunci. Mesej ditunjukkan kepada mana-mana pengguna yang cuba untuk log masuk. Ia juga boleh digunakan untuk memberikan maklumat hubungan bagi Mac yang hilang. |
Nyahdayakan log masuk automatik | Perlukan pengguna melog masuk dengan kata laluan selepas memulakan semula Mac. Ciri ini tidak tersedia jika FileVault aktif. |
Benarkan Apple Watch anda untuk membuka kunci app dan Mac anda | Gunakan Apple Watch anda (berbanding memasukkan kata laluan anda) untuk membuka kunci app apabila kata laluan diperlukan dan membuka kunci Mac anda apabila anda membangunkannya daripada keadaan melahu. Lihat Buka kunci Mac anda dan luluskan permintaan dengan Apple Watch. Pilihan ini tersedia hanya jika Mac anda menyokong Buka Kunci Auto. |
Benarkan aplikasi dimuat turun daripada | Lindungi Mac anda daripada perisian hasad dengan hanya membenarkan app yang datang daripada App Store atau daripada pembangun yang dikenal pasti.
|
Perisian sistem disekat | Muatkan sambungan sistem daripada pembangun perisian yang terbaru dipasang. |
Lanjutan | Tingkatkan keselamatan pada Mac anda dengan melog keluar secara automatik selepas tempoh tidak aktif dan mengehadkan akses kepada keutamaan keseluruhan sistem. |