Tukar keutamaan Umum Keselamatan & Privasi pada Mac
Gunakan anak tetingkap Umum dalam keutamaan Keselamatan & Privasi untuk membuatkan Mac anda lebih selamat daripada perisian hasad dan gangguan.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Buka anak tetingkap Umum untuk saya
Ubah Kata Laluan | Klik untuk mengubah kata laluan log masuk untuk pengguna semasa. |
Memerlukan kata laluan... selepas tidur atau penyelamat skrin bermula | Gunakan seting ini untuk kunci Mac anda apabila ditinggalkan dalam keadaan melahu. Setelah Mac bangun, kata laluan log masuk pengguna mesti dimasukkan sebelum Mac boleh digunakan. Anda boleh pilih jumlah masa selepas penyelamat skrin atau tidur bermula sebelum kata laluan diperlukan. |
Tunjukkan mesej apabila skrin dikunci | Pilih untuk papar mesej pendek dalam tetingkap log masuk apabila Mac anda dikunci. Mesej akan ditunjukkan kepada mana-mana pengguna yang cuba untuk log masuk. Ia juga boleh digunakan untuk memberikan maklumat hubungan bagi Mac yang hilang. |
Nyahdayakan log masuk automatik | Pilih untuk memerlukan pengguna bagi mengesahkan dengan kata laluan apabila mereka log masuk selepas mula semula Mac. Ciri ini tidak tersedia jika FileVault tidak diaktifkan. |
Benarkan Apple Watch anda untuk membuka kunci Mac anda | Gunakan Apple Watch anda (dan bukan memasukkan kata laluan anda) untuk membuka kunci Mac anda apabila anda membangunkannya daripada keadaan melahu. Lihat Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch. Pilihan ini tersedia hanya jika Mac anda menyokong Buka Kunci Auto. |
Benarkan aplikasi dimuat turun daripada | Anda boleh melindungi Mac anda daripada perisian hasad dengan hanya membenarkan app yang datang daripada App Store atau daripada pembangun yang dikenal pasti.
|
Perisian sistem disekat | Jika anda baru-baru ini memasang perisian baru, ia mungkin cuba untuk memuatkan sambungan sistem. Klik Benarkan untuk memuatkan sambungan sistem daripada pembangun perisian. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Lanjutan | Klik untuk meningkatkan keselamatan pada Mac anda dengan melaraskan seting tertentu dalam Tukar keutamaan Lanjutan. |