Tukar seting VPN dalam keutamaan Rangkaian pada Mac
Gunakan anak tetingkap VPN keutamaan Rangkaian pada Mac anda untuk menyedia dan mengurus sambungan VPN anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian , kemudian pilih perkhidmatan VPN dalam senarai di sebelah kiri.
Jika terdapat kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap Rangkaian, kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai Perkhidmatan | Senarai perkhidmatan rangkaian. Cipta perkhidmatan rangkaian baharu: Klik butang Tambah , klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih jenis perkhidmatan rangkaian yang anda mahu cipta. Taipkan nama dalam medan Nama Perkhidmatan, kemudian klik Cipta. Keluarkan perkhidmatan rangkaian: Pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan . Uruskan perkhidmatan rangkaian: Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih pilihan. Anda boleh menduplikasi perkhidmatan, menamakan semula perkhidmatan, mengesetkan tertib perkhidmatan, mengimport atau mengeksport konfigurasi dan mengurus antara muka maya. | ||||||||||
Status | Lihat status sambungan VPN. | ||||||||||
Konfigurasi | Pilih konfigurasi. Pilihan ini tidak kelihatan untuk semua jenis sambungan VPN. | ||||||||||
Alamat Pelayan | Masukkan alamat pelayan VPN. | ||||||||||
Nama Akaun | Masukkan nama akaun. | ||||||||||
Kata Laluan | Masukkan kata laluan untuk akaun VPN ini. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN Cisco IPSec. | ||||||||||
ID Jauh | Masukkan ID jauh untuk akaun VPN. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN IKEv2. | ||||||||||
ID Setempat | Masukkan ID setempat untuk akaun VPN. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN IKEv2. | ||||||||||
Seting Pengesahan | Masukkan butiran pengesahan untuk akaun. | ||||||||||
Sambung Sambungan Terputus | Sambungkan atau putuskan sambungan perkhidmatan VPN dipilih. | ||||||||||
Tunjukkan status VPN dalam bar menu | Sertakan status VPN dalam bar menu. Gunakan menu status VPN untuk bersambung ke VPN, memutuskan sambungan daripada VPN dan memantau jumlah masa anda bersambung ke VPN. | ||||||||||
Lanjutan | Setkan pilihan sesi VPN. | ||||||||||
Bersambung atas permintaan | Mulakan sambungan VPN secara automatik apabila diperlukan. |