Tukar seting VPN pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting VPN untuk menyediakan dan mengurus sambungan VPN. Ketahui cara menyediakan sambungan VPN.
Nota: Seting yang tersedia berbeza bergantung pada jenis perkhidmatan VPN dipilih.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik VPN dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
[nama perkhidmatan] | Nama perkhidmatan VPN dan penunjuk status sambungan. Sambungkan ke atau putuskan sambungan dengan perkhidmatan VPN: Aktifkan atau nyahaktifkan perkhidmatan VPN. Urus perkhidmatan VPN: Klik butang Info bersebelahan perkhidmatan, kemudian masukkan seting untuk perkhidmatan. Nota: Anda juga boleh menggunakan ikon status VPN untuk bersambung ke VPN, memutuskan sambungan daripada VPN dan memantau jumlah masa anda bersambung ke VPN. Lihat Gunakan ikon status VPN dalam bar menu. | ||||||||||
Tambah Konfigurasi VPN | Sediakan perkhidmatan VPN baharu. |
Seting butang Info VPN
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paparkan Nama | Masukkan nama untuk perkhidmatan. | ||||||||||
Alamat Pelayan | Masukkan alamat pelayan VPN. | ||||||||||
Nama Akaun | Masukkan nama akaun. | ||||||||||
Kata Laluan | Masukkan kata laluan untuk akaun VPN ini. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN Cisco IPSec. | ||||||||||
ID Jauh | Masukkan ID jauh untuk akaun VPN. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN IKEv2. | ||||||||||
ID Setempat | Masukkan ID setempat untuk akaun VPN. Pilihan ini kelihatan untuk sambungan VPN IKEv2. | ||||||||||
Pengesahan | Masukkan butiran pengesahan untuk akaun. | ||||||||||
Bersambung atas permintaan | Mulakan sambungan VPN secara automatik apabila diperlukan. | ||||||||||
Keluarkan konfigurasi | Keluarkan perkhidmatan VPN dipilih. | ||||||||||
Pilihan | Pilihan ini tersedia untuk perkhidmatan VPN L2TP.
| ||||||||||
TCP/IP | Konfigurasi IPv4 dan IPv6. Lihat Tukar seting TCP/IP. | ||||||||||
DNS | Konfigurasikan pelayan DNS dan domain carian. Lihat Tukar seting DNS. | ||||||||||
Proksi | Konfigurasi proksi internet. Lihat Tukar seting proksi. |