![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/058e4af8e726290f491044219d2eee73.png)
Tukar seting proksi pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting proksi untuk mengurus perkhidmatan proksi internet. Ketahui cara untuk memasukkan seting pelayan proksi.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi, klik perkhidmatan rangkaian di sebelah kanan, klik Butiran, kemudian klik Proksi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penemuan proksi auto | Konfigurasi seting pelayan proksi secara automatik. | ||||||||||
Konfigurasi proksi automatik | Gunakan fail konfigurasi auto proksi (PAC). Masukkan alamat fail PAC dalam medan URL. | ||||||||||
Proksi web (HTTP) | Gunakan pelayan proksi web. Masukkan alamat pelayan dan nombor port. Jika perlu, aktifkan “Pelayan proksi memerlukan kata laluan”, kemudian masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. | ||||||||||
Proksi web selamat (HTTPS) | Gunakan pelayan proksi web selamat. Masukkan alamat pelayan dan nombor port. Jika perlu, aktifkan “Pelayan proksi memerlukan kata laluan”, kemudian masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. | ||||||||||
Proksi SOCKS | Gunakan pelayan proksi SOCKS. Masukkan alamat pelayan dan nombor port. Jika perlu, aktifkan “Pelayan proksi memerlukan kata laluan”, kemudian masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. | ||||||||||
Tidak termasuk nama hos mudah | Proksi pintasan untuk destinasi rangkaian dengan nama hos mudah (contohnya, https://server). | ||||||||||
Memintas seting proksi untuk hos & domain ini | Masukkan hos dan domain untuk dipintas. Pisahkan berbilang item dengan koma. |