Tukar seting DNS pada Mac Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian DNS untuk memasukkan pelayan DNS dan domain carian. Ketahui cara memasukkan pelayan DNS dan domain carian .
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Rangkaian dalam bar sisi, klik perkhidmatan rangkaian di sebelah kanan, klik Butiran, kemudian klik DNS. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan
Perihalan
Pelayan DNS
Senarai pelayan DNS.
Tambah pelayan DNS ke senarai: Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai pelayan DNS, kemudian masukkan alamat IPv4 atau IPv6.
Keluarkan pelayan DNS daripada senarai: Pilih nama pelayan dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan di bahagian bawah senarai pelayan DNS.
Domain Carian
Senarai domain carian.
Tambah domain carian ke senarai: Klik butang Tambah di bawah senarai domain carian, kemudian masukkan nama domain.
Keluarkan domain carian daripada senarai: Pilih nama domain dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan di bahagian bawah senarai domain carian.