Masuk DNS dan seting domain carian
Pelayan Sistem Nama Domain (DNS) memetakan nama domain ke alamat Protokol Internet (IP). Apabila digunakan bersama domain carian, ia membenarkan anda untuk pergi ke tapak web dan pelayan anda kerap lawati dengan cepat tanpa perlu menaip alamat lengkap.
Sebagai contoh, jika anda menentukan domain carian apple.com, taipkan “store” dalam pelayar web anda membawa anda ke store.apple.com. Atau, jika anda menggunakan campus.university.edu sebagai carian domain, anda boleh menaip “server1” dalam dialog Sambung Ke Pelayan dalam Finder untuk bersambung ke server1.campus.university.edu.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih servis sambungan rangkaian anda mahu gunakan (seperti Wi-Fi atau Ethernet), kemudian klik Lanjutan.
Klik DNS, kemudian klik butang Tambah di bahagian bawah senarai DNS Servers. Masukkan alamat IPv4 atau IPv6 untuk pelayan DNS.
Klik butang Tambah di bawah senarai Domain Carian, kemudian masukkan domain carian, sebagai contoh, apple.com.
Apabila anda sudah selesai, klik OK.
Domain dicari dalam susunan yang anda senaraikannya; carian berhenti apabila nama sah dijumpai.
Untuk mencari nama hierarki, gunakan carian domain mempelbagaikan skop. Sebagai contoh: building.campus.university.edu, campus.university.edu dan university.edu.